ARTIKEL

Abu Bakar Marzuki menyempurnakan simbolik perasmian pra pelancaran Program Sarawakku Sayang Bahagian Miri 2026, di sini, hari ini.

Miri Kitchen & Sales tarikan utama Sarawakku Sayang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Pembukaan tirai Program Sarawakku Sayang Bahagian Miri 2026 mencuri tumpuan apabila pelancaran Miri Kitchen & Sales menampilkan usahawan tempatan dengan aneka juadah serta produk makanan.

Program yang berlangsung dari 24 hingga 26 April itu dimulakan dengan majlis pra pelancaran yang disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, di sini, hari ini.

Sejajar dengan itu, Miri Kitchen & Sales menampilkan pilihan menu unik mencerminkan warisan budaya negeri seperti kuih serabai, cucur bubuk, ikan baung masak kunyit serta nubak layak, iaitu hidangan nasi yang dibungkus dengan daun.

Keunikan hidangan cucur bubuk bukan sahaja terletak pada statusnya sebagai makanan tradisional, malah turut membawa identiti budaya masyarakat tempatan berkait rapat dengan aktiviti menangkap bubuk yang digunakan untuk menghasilkan belacan.

Turut mencuri perhatian adalah sebuah reruai yang menampilkan ikan baung masak kunyit yang disediakan menggunakan bahan segar serta resipi tradisional dari Marudi.

Hidangan tersebut mengekalkan keaslian masakan lama melalui penggunaan rempah ratus khas dari kawasan berkenaan.

Pada masa sama, beliau dan isteri Datuk Baduyah Bujang turut meluangkan masa dan mencuba sendiri menyediakan hidangan tradisional seperti ikan baung masak kunyit, serabai serta cucur bubuk.

Pada majlis itu, beliau turut berpeluang meninjau reruai pempamer melibatkan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan.

Dalam pada itu, hari pertama program juga dimeriahkan dengan pameran utama, kaunter perkhidmatan serta e-peraduan berlangsung di Khemah Sarawak Pavilion & Servis.

Sebelah petang pula dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti interaktif termasuk permainan mini, pertandingan mewarna, kuiz makanan Sarawak serta Sukaneka Rakyat yang melibatkan penyertaan komuniti setempat.

Menjelang malam, pengunjung bakal disajikan dengan Malam Budaya Sarawak yang menampilkan artis tempatan serta persembahan kebudayaan yang mencerminkan kepelbagaian warisan negeri ini.

Kemuncak program adalah Majlis Pelancaran Program Sarawakku Sayang Bahagian Miri 2026 yang akan disempurnakan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada keesokan harinya.

Majlis itu terlebih dahulu akan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Menteri Pengangkutan merangkap ADUN Senadin, Datuk Seri Lee Kim Shin, diikuti tayangan video khas pembangunan sebelum ucapan perasmian disampaikan oleh Premier.

Program itu akan diteruskan dengan gimik pelancaran Beraya Master Plan dan Projek Naik Taraf Jalan Balak, diikuti penyampaian Geran Native Communal Title, skim pendidikan percuma (FTEs) Kerajaan Sarawak serta penyampaian cenderamata kepada Premier.

Majlis akan diserikan dengan persembahan lagu Sarawak Maju Makmur sebelum diteruskan dengan lawatan ke Khemah Sarawak Pavilion dan Services serta sidang media bersama Premier.

Acara diakhiri dengan jamuan makan tengah hari di Miri Kitchen & Sales, sebelum majlis melabuhkan tirai pada jam 1.00 petang.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU