ARTIKEL

Mirza presiden baharu Bangladesh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HYDERABAD: Parlimen Bangladesh pada Khamis memilih calon parti pemerintah Parti Nasionalis Bangladesh (BNP), Mirza Fakhrul Islam Alamgir sebagai Presiden ke-23 negara itu. Beliau memperoleh 255 undi berbanding 88 undi yang diterima pesara kolonel Oli Ahmed, calon pakatan pembangkang yang diterajui parti Jamaat-e-Islami.

Mirza Fakhrul, 78, menggantikan Mohammed Shahabuddin, 76, yang meletak jawatan pada Julai atas faktor kesihatan, dua tahun sebelum tamat tempoh penggal lima tahunnya.

Perdana Menteri Tarique Rahman mengucapkan tahniah kepada presiden yang baharu dipilih itu dengan menghadiahkannya sekuntum bunga ros, manakala anggota Jatiya Sangsad, Parlimen Bangladesh, menyambut pemilihan Mirza Fakhrul dengan mengetuk meja masing-masing, menurut agensi berita negara Bangladesh Sangbad Sangstha.

Ketua Pembangkang Shafiqur Rahman turut mengucapkan tahniah kepada Mirza Fakhrul. Ini kali pertama sejak 1991 Bangladesh mengadakan pemilihan presiden yang membabitkan lebih daripada seorang calon.

Presiden ialah ketua negara, namun peranannya sebahagian besarnya bersifat istiadat.

Mirza Fakhrul menuntut dalam bidang ekonomi di Universiti Dhaka dan aktif dalam politik pelajar. Beliau dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar dan Koperasi dalam kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tarique selepas BNP mencatat kemenangan besar dalam pilihan raya Parlimen tahun ini.

Mirza Fakhrul menjadi tokoh paling menonjol mewakili BNP di khalayak ramai selama bertahuntahun ketika ketua parti Begum Khaleda Zia berdepan masalah kesihatan dan tekanan semasa pemerintahan Liga Awami pimpinan Sheikh Hasina.

Mirza Fakhrul menerajui parti itu dengan bimbingan Tarique yang sekian lama hidup dalam buangan di London. Beliau meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung BNP beberapa hari sebelum pemilihan presiden. – Bernama

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan