ARTIKEL

CENDERAHATI…Misnu menyampaikan cenderahati kepada Dr Haniah.

MIS rancang perluas program al-Quran libatkan warga emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Majlis Islam Sarawak (MIS) merancang memperluas pengembangan al-Quran dengan memberi penekanan khusus kepada pelibatan warga emas dan wanita selari penubuhan Pusat Pengembangan Al-Quran Darul Hana (DHQc-MIS).

Yang Dipertua MIS, Datuk Misnu Taha berkata, golongan warga emas tidak seharusnya dipinggirkan dalam agenda pembangunan rohani, malah berpotensi menjadi pemangkin kepada budaya al-Quran dalam komuniti setempat.

Beliau mencadangkan agar Persatuan Warga Emas (PAWE) dilibatkan secara aktif dalam program al-Quran, termasuk cadangan penganjuran khatam al-Quran secara beramai-ramai di dewan tersebut pada tahun hadapan.

“MIS turut mencadangkan penubuhan jawatankuasa khas pengembangan hal ehwal wanita bagi memastikan peranan wanita dalam pendidikan dan penghayatan al-Quran dapat diperkasakan secara tersusun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penangguhan Seminar Wanita Bijak Al-Quran di Dewan Majma di sini, hari ini.

Tambah Misnu, pembangunan al-Quran bukan hanya tertumpu kepada infrastruktur, tetapi mesti melibatkan semua lapisan masyarakat, termasuk wanita dan warga emas.

Dalam pada itu katanya, Seminar Wanita Bijak Al-Quran diadakan dengan tujuan utama meningkatkan mutu bacaan al-Quran dalam kalangan peserta wanita melalui bimbingan pakar serta menyuntik semangat dan motivasi untuk mereka terus mendalami ilmu al- Quran secara konsisten.

“Program ini merupakan kerjasama strategik antara DHQc-MIS dengan Majlis Ad-Da’wah An-Nisa’iyyah (MADNIS) sebagai inisiatif penting untuk memperkasa budaya celik dan fasih al-Quran dalam masyarakat,” katanya.

Seminar ini berjaya menghimpunkan seramai 500 peserta wanita dari pelbagai latar belakang, menjadikannya salah satu usaha berskala besar dalam memperkukuh budaya pembelajaran al-Quran.

Melalui penganjuran program selama dua hari ini, peserta diberi pendedahan mendalam berkaitan hukum tajwid dan makhraj huruf, sekali gus membantu mereka memahami dan mempraktikkan kaedah bacaan yang betul dengan lebih yakin.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU