ARTIKEL

MISHA OMAR teruja konsert berskala besar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Setelah dua dekad mewarnai industri muzik tanah air dengan vokal lantang dan penuh emosi, penyanyi tersohor Misha Omar akhirnya merealisasikan impian yang telah lama dinantikan, iaitu konsert solo berskala besar pertamanya, DiA Misha Omar.

Konsert bersejarah ini dijadualkan berlangsung pada 29 November depan di lokasi penuh prestij, Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Lebih daripada sekadar persembahan biasa, konsert ini merupakan manifestasi cinta dan penghargaan Misha terhadap perjalanan seninya selama 20 tahun, serta dedikasi peminat setia yang tidak pernah lelah memberikan sokongan.

Menurut Misha, konsert ini bukan hanya untuk dirinya, tetapi turut mencerminkan setiap titik peluh, air mata dan kejayaan yang dikongsi bersama peminat dan rakan industri yang menjadi tulang belakang sepanjang kariernya.

“Konsert ini bukan hanya tentang Misha Omar.

Ia tentang kita semua, peminat, rakan seperjuangan dan mereka yang mempercayai saya sejak hari pertama.

Ini adalah detik yang sangat bermakna buat saya,” ujar Misha.

Dengan deretan lagu hits seperti Pulangkan, Bunga-Bunga Cinta, dan Sampai Bila, konsert DiA Misha Omar dijangka menyajikan malam penuh magis, memori dan kejutan yang bakal menggetarkan jiwa.

Buat anda yang membesar dengan suara merdu Misha Omar atau baru ingin menyelami keindahan karya-karyanya, 29 November ini adalah malam yang tidak boleh dilepaskan.

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha