ARTIKEL

PILIHAN POPULAR...Cascara Junior

Misi memburu juara lapan pasukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lapan pasukan akan beradu nasib bagi pemburuan gelaran juara Liga Jemputan Akademi Bawah 12 Tahun CASCARA 2023 yang akan bermula esok (16 Disember).

Pengerusi Kejohanan Azaree Mohamed memberitahu, pasukan terbabit ialah Cascara Junior, Axis Academy, SJN Academy, Al-Mateen Academy, Akademi Samarahan, Akademi SK Tambirat, PFA Odin Academy dan Caa Gee Baa Academy.

Menurut Azaree, liga anjuran Kelab Cascara Junior yang berlangsung di Padang Sintetik Arena Cascara, Kuching membabitkan pasukan jemputan peringkat umur tersebut mewakili pelbagai akademi sekitar Kuching dan Kota Samarahan.

“Saingan akan bermula esok dan tamat pada 21 Januari 2024,” ujar Azaree kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, liga dengan format satu pusingan (round robin) adalah julung kali dianjurkan di Sarawak dan mendapat kerjasama menerusi tajaan beberapa pihak seperti Cascara, Jurudaya, BNN Environmental, ZZ carwash dan Saif Builders.

“Hadiah menarik menanti tiga pasukan terbaik. Juara akan menerima wang tunai RM1,000 termasuk piala dan pingat.

“Naib juara dan tempat ketiga masing-masing akan menerima wang tunai RM700 dan RM500
termasuk piala dan pingat,” jelas Azaree lagi.

MANTAP…PFA Odin Academy

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU