KUCHING: Kelab handalan Sarawak yang semakin digeruni kredibiliti mereka, Mix Hajiba Veteran FT diberi penghormatan untuk menjayakan pertandingan persahabatan, Piala Daranante XII 2025.
Pengurus Pasukan, Mohd. Firdaus@Koko Othman memberitahu, pasukan Mix Hajiba Veteran FT untuk pertandingan berstatus antarabangsa tersebut akan menentang PS Sanggau Legend di Stadium Gor Gelora Pancasila Sanggau Permai, Kalimantan Barat, Indonesia.
Katanya, aksi kedua-dua pasukan terbabit berlangsung pada 14 Disember ini bermula pukul 18:00 WIB (6:00 petang).
“Kita menerima undangan daripada Asoslasi Kabupaten PSSI, Kabupaten Sanggau untuk menjayakan pertandingan itu kelak,” ujar Koko kepada Arena Suara Sarawak.
Beliau berkata, pihaknya dijangka menyenaraikan barisan pemain handalan serta berpengalaman pada perlawanan itu kelak.
“Kita tidak mengetahui akan kekuatan pasukan atau kelab dari negara tetangga itu.
“Apa yang pasti, Mix Hajjba Veteran FT akan menyenaraikan barisan pemain terbaik,” tambah Koko lagi.
Terdahulu, Koko mewakili pengurusan kelab terbabit (Mix Hajiba FT) ingin merakam ucapan terima kasih kepada pihak dari negara jiran terbabit kerana sudi megundang mereka bagi menjayakan pertandingan itu.
CAPTION: – MANTAP…Antara sebahagian pemain Mix Hajiba Veteran FT.



