ARTIKEL

JUARA BERTAHAN... Pasukan Matang Jaya@MJ Galaxy.

MJ Galaxy mahu pertahan kejuaraan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jaguh yang semakin digeruni kredibiliti mereka, Matang Jaya atau lebih dikenali sebagai MJ Galaxy siap sedia mengharungi gelora sebenar Kejohanan Bola Baling Terbuka Sarawak 2025 yang berlangsung di UNIMAS, Kota Samarahan dari 15 hingga 18 September depan.

Skuad pilihan terbabit akan beraksi dalam kategori lelaki bagi merebut Piala Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Edisi Ke-18 serta mempertahankan kejuaraan musim lalu.

Setiausaha Agung SAHA, Dr Abang Ismail Abang Haji Julhi menegaskan, tugas mencabar menanti barisan pemain pasukan terbabit pada saingan kali ini.

“Kategori lelaki menyaksikan 24 pasukan yang akan bersaing, mewakili pelbagai kelab handalan dari serata negeri ini termasuk Sabah dan Semenanjung,” ujar Dr Abang Ismail kepada Arena Suara Sarawak.

Apa pun, beliau percaya pemain dari pasukan MJ Galaxy cukup bersedia untuk berdepan pesaing dari pasukan lain melalui persiapan rapi menerusi sesi latihan dijalankan mereka ketika ini.

Justeru kata Dr Abang Ismail, mereka amat mengharap perancangan serta strategi yang diguna pakai sepanjang kejohanan akan menjadi.

Kejohanan berprestij anjuran badan induk, Persatuan Bola Baling Sarawak (SAHA) menghimpunkan sebanyak 38 pasukan keseluruhan.

Selain penampilan 24 pasukan untuk kategori lelaki. Kategori wanita juga turut menyaksikan penampilan 14 pasukan bagi merebut Piala Datuk Dr Haji Abdul Rahman Junaidi Edisi Ke-13.

Menurut Dr Abang Ismail, pihaknya menjangka saingan kali ini lebih sengit – mengambil kira penglibatan pelbagai kelab handalan.

Sesi taklimat pengurus pasukan dan cabutan undi akan berlangsung pada 29 Ogos depan.

Hadiah wang tunai RM3,000, RM2,000, RM1,500 dan RM1,000 bakal menanti pasukan yang berjaya muncul juara hingga tempat keempat selain piala dan pingat.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan