ARTIKEL

Datuk Ding Kuong Hiing menyantuni penduduk menerusi program Mobile Service To U di Bintangor.

Mobile Service To U bukan program bermusim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Program Mobile Service To U bukan sekadar aktiviti bermusim, sebaliknya pendekatan berterusan untuk mendekati rakyat, memahami keperluan mereka dan memudahkan akses kepada perkhidmatan kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong merangkap Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, inisiatif itu membolehkan penduduk mendapatkan maklumat serta menyuarakan masalah secara langsung kepada agensi kerajaan.

Program itu membuka peluang kepada penduduk Meradong untuk mengetahui kemudahan dan perkhidmatan disediakan tanpa perlu berurusan di beberapa tempat berasingan.

“Program ini membuka peluang kepada rakyat Meradong untuk berinteraksi secara langsung dengan agensi kerajaan bagi mengetahui kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan,” katanya ketika menghadiri program Mobile Service To U di Perumahan Cina Sungai Labas, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pertemuan secara bersemuka membolehkan penduduk mengemukakan pertanyaan, berkongsi pandangan dan menyampaikan cadangan mengenai perkara yang memerlukan perhatian pihak berkuasa.

Katanya, komunikasi langsung antara pemimpin, agensi kerajaan dan masyarakat penting bagi memastikan keperluan serta masalah penduduk dikenal pasti dengan lebih jelas.

Justeru, beliau berharap program itu dapat diteruskan secara berkala bagi memperkukuh hubungan dengan masyarakat serta memudahkan penduduk mendapatkan maklumat dan perkhidmatan kerajaan dengan lebih berkesan.

BERITA LAIN

Rolland mahu pembangunan Meluan terus diperkasa

JULAU: Pembangunan di kawasan Meluan perlu terus diperkasa berdasarkan keperluan sebenar penduduk melalui kerjasama erat pemimpin parti dan kerajaan bagi memastikan kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

PDP sokong Rolland pertahan kerusi Julau

JULAU: Parti Demokratik Progresif (PDP) menyatakan sokongan terhadap Dato Rolland Duat Jubin untuk mempertahankan kerusi yang disandangnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, namun

BERITA TERBARU