ARTIKEL

Datuk Seri Tiong King Sing dan Dato Rolland Duat Jubin bersama ketua masyarakat serta tuai rumah memotong kek pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Philip Janting, Ulu Bejawai.

Rolland mahu pembangunan Meluan terus diperkasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JULAU: Pembangunan di kawasan Meluan perlu terus diperkasa berdasarkan keperluan sebenar penduduk melalui kerjasama erat pemimpin parti dan kerajaan bagi memastikan kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Dato Rolland Duat Jubin berkata, pengalaman selama 12 tahun berkhidmat sebagai wakil rakyat membolehkannya memahami aspirasi serta cabaran dihadapi penduduk.

Setiap inisiatif pembangunan perlu mengutamakan kepentingan masyarakat supaya manfaatnya dapat dinikmati secara langsung, sekali gus meningkatkan taraf hidup penduduk.

“Bagi saya, tidak ada yang lebih penting melainkan kerjasama erat semua pihak bagi memastikan isu rakyat dapat ditangani secara berkesan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Philip Janting, Ulu Bejawai, di sini, hari ini.

Rolland turut menghargai sokongan dan kerjasama pemimpin parti komponen, termasuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Katanya, hubungan baik antara parti serta perkongsian pandangan harus dipelihara bagi memastikan perancangan pembangunan dilaksanakan secara teratur dan mencapai matlamat.

Beliau menegaskan komitmen untuk terus membantu menyelesaikan masalah yang dibangkitkan penduduk serta memastikan kebajikan masyarakat sentiasa menjadi keutamaan.

BERITA LAIN

PDP sokong Rolland pertahan kerusi Julau

JULAU: Parti Demokratik Progresif (PDP) menyatakan sokongan terhadap Dato Rolland Duat Jubin untuk mempertahankan kerusi yang disandangnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, namun

BERITA TERBARU

PDP sokong Rolland pertahan kerusi Julau

JULAU: Parti Demokratik Progresif (PDP) menyatakan sokongan terhadap Dato Rolland Duat Jubin untuk mempertahankan kerusi yang disandangnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, namun