ARTIKEL

Datuk Seri Tiong King Sing (tengah) bersama Dato Rolland Duat Jubin menyempurnakan simbolik projek pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Philip Janting, Ulu Bejawai, Julau.

PDP sokong Rolland pertahan kerusi Julau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JULAU: Parti Demokratik Progresif (PDP) menyatakan sokongan terhadap Dato Rolland Duat Jubin untuk mempertahankan kerusi yang disandangnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, namun keputusan rasmi pencalonan tetap tertakluk kepada kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Presiden PDP, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, sokongan itu berdasarkan pengalaman, kemampuan dan kesungguhan Rolland menjalankan amanah sebagai wakil rakyat, khususnya menyelesaikan masalah penduduk.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Philip Janting, Ulu Bejawai, di sini, hari ini.

Menurutnya, kehadirannya pada majlis itu turut mencerminkan sokongan parti terhadap Rolland, meskipun pengumuman rasmi calon bukan di bawah bidang kuasanya secara bersendirian.

Beliau turut menegaskan bahawa kemudahan infrastruktur, terutama di rumah panjang, perlu dipertingkatkan bagi menjamin keselesaan penduduk dan kesejahteraan komuniti setempat.

Katanya, kelemahan kepimpinan boleh diperbaiki melalui komunikasi terbuka, kerjasama serta kesediaan menerima pandangan dan teguran masyarakat, manakala perbezaan pendapat tidak seharusnya menjejaskan agenda pembangunan.

Tiong berkata, kestabilan pentadbiran dan hubungan erat antara parti dalam GPS serta Kerajaan Perpaduan penting bagi memastikan pertumbuhan ekonomi berterusan, termasuk melalui sektor pelancongan yang membuka peluang kepada pengusaha hotel, restoran, pengangkutan dan perniagaan kecil.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM70,000 bagi membantu pelaksanaan projek di Rumah Philip, selain menyempurnakan simbolik projek bersama Rolland.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU