ARTIKEL

Abang Johari pada Majlis Perasmian Program Sarawakku Sayang di Sibu, hari ini. Foto:MOHD ALIF NONI

Model bandar Amsterdam jadi inspirasi pembangunan Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Pembangunan semula Sibu berasaskan model bandar Amsterdam di Belanda menerusi pelaksanaan sistem pengurusan air moden dijangka mengambil masa antara 15 hingga 20 tahun bagi mewujudkan bandar yang mampan dan berdaya tahan terhadap banjir.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, konsep pembangunan itu mengambil inspirasi daripada Amsterdam yang menggunakan rangkaian terusan dan laluan air sebagai sebahagian daripada sistem pengurusan air bandar.

“Berdasarkan perancangan yang disediakan pakar antarabangsa yang dilantik bagi mengkaji pendekatan pembangunan Sibu kerana mempunyai ciri geografi hampir sama dengan Amsterdam, saya menganggarkan proses pembangunan semula dijangka mengambil masa antara 15 hingga 20 tahun.

“Perancangan telah disiapkan dan kini kita memasuki fasa pelaksanaan yang akan dijalankan secara berperingkat,” katanya pada Majlis Perasmian Program Sarawakku Sayang di Sibu, hari ini.

Menurutnya, antara cabaran utama yang dihadapi Sibu ialah kedudukan tanah yang lebih rendah daripada paras sungai sehingga menyebabkan bandar itu mudah berdepan masalah banjir dan takungan air.

“Amsterdam terletak berhampiran laut, manakala Sibu berada di tebing sungai, namun cabaran yang dihadapi hampir sama.

“Disebabkan itu kita perlu membangunkan semula Sibu. Kawasan seperti Bukit Assek kini terlalu padat dan keadaan itu tidak begitu sesuai untuk penduduk kerana sering berdepan masalah air bertakung dan banjir,” ujarnya.

Beliau berkata, pembangunan itu bukan sahaja melibatkan penyelesaian masalah banjir, malah merangkumi pembinaan tasik buatan serta penyusunan semula bandar bagi mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif.

“Jika Sibu dibangunkan mengikut pelan ini, saya yakin ia akan menjadi sebuah bandar yang indah,” katanya.
Pada masa sama, beliau berkata transformasi tersebut turut membuka hala tuju baharu ekonomi Sibu dengan memberi penekanan kepada kelestarian alam sekitar serta ekonomi rendah karbon.

“Kawasan tanah gambut di Sarawak mempunyai kelebihan kerana mampu menyimpan karbon sehingga empat kali ganda berbanding hutan biasa, sekali gus berpotensi menjana pendapatan menerusi perdagangan kredit karbon.

“Pada masa hadapan, karbon yang berjaya disimpan itu boleh diperdagangkan melalui kredit karbon dan menjadi antara sumber pendapatan baharu negeri dalam era perubahan iklim,” jelasnya.

Beliau berkata, pembangunan infrastruktur yang lebih baik turut dijangka memperkukuh potensi ekonomi Sibu, khususnya dalam menarik lebih banyak pelaburan dalam sektor perkhidmatan seperti pelancongan, kewangan dan insurans.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Budayakan sukan demi Visi 2030

MUKAH: Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah menjadi platform menggalakkan masyarakat menjadikan aktiviti sukan dan rekreasi sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat. Pegawai Belia