ARTIKEL

MOF pantau pelaksanaan Pakej Ransangan Ekonomi 2020

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan penubuhan Unit Pelaksanaan & Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) di kementerian itu bagi memantau pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi (PRE) 2020.

Menterinya Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata LAKSANA akan membuat laporan secara berkala kepada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi berhubung status pelaksanaan dan pencapaian inisiatif berkaitan rangsangan ekonomi.

“Saya percaya penubuhan unit ini akan memastikan inisiatif yang diumumkan di bawah PRE 2020 dan inisiatif selanjutnya dapat dilaksanakan dalam masa terdekat dengan sempurna bagi memastikan ekonomi negara kekal kukuh dan kebajikan rakyat dipelihara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi mingguan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memantau perkembangan ekonomi semasa dan mempertimbangkan langkah tambahan serta penambahbaikan ke atas PRE 2020.

Sehubungan itu,beliau berkata LAKSANA juga akan berperanan memastikan pelaksanaan langkah baharu dan penambahbaikan PRE 2020.

“Kerajaan komited bagi memastikan kesemua inisiatif yang telah diumumkan dalam PRE 2020 dapat dilaksanakan dengan segera dan efektif,” katanya.

PRE 2020 bernilai RM20 bilion yang diumumkan pada 27 Februari, 2020 telah dirangka bagi memastikan risiko ekonomi berikutan penularan wabak COVID-19 dapat ditangani.

Pada masa yang sama, inisiatif yang dirangka itu juga adalah bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat terjamin.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan