ARTIKEL

SELAMAT DATANG...Datuk Dr Mohammad Razi (tengah) disambut meriah kehadirannya ke sekolah terbabit.

Mohammad Razi Seru Masyarakat Pelihara Perpaduan, Waspada Berita Palsu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DEBAK: Modal insan cemerlang amat diperlukan negara untuk terus membangun.

Ia mencakupi individu yang berkemahiran, inovatif, memiliki jati diri, beretika serta mempunyai minda kelas pertama.

UNTUK KENANGAN…Datuk Dr Mohammad Razi (berdiri di belakang) merakam gambar bersama-sama pelajar sekolah berkenaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Dr Mohammad Razi Sitam menegaskan, modal insan berkenaan bukan sahaja penting kepada pembangunan negara, malah berupaya memainkan peranan yang penting bagi menjamin kesejahteraan dan perpaduan rakyat serta meningkatkan daya saing negara di peringkat global.

“Cabaran manusia hari ini dalam situasi yang pelbagai, sejajar dengan perkembangan pesat teknologi media sosial.

“Penyalahgunaan media sosial boleh merosakkan perpaduan kita semua,” ujar beliau ketika berucap pada Majlis Khatam al-Quran SJK (C) Chung Hua Debak 2026 pagi tadi.

Beliau akui, apabila masyarakat mudah terpengaruh dengan maklumat palsu ia boleh menimbulkan provokasi jahat dan berita berunsur fitnah.

Justeru tegas beliau, masyarakat harus lebih berhati-hati supaya tidak berlaku perpecahan dalam kalangan masyarakat.

“Perkara utama yang harus diberikan perhatian ialah perpaduan bagi memperkuatkan masyarakat kita yang berbilang kaum dan berbeza kepercayaan ini,” jelas beliau.

Mengulas majlis tersebut, beliau menzahir ucapan tahniah kepada jawatankuasa pengelola kerana menganjurkan Majlis Khatam al-Quran SJK(C) Chung Hua Debak.

Beliau berkata, kemampuan dan kejayaan menganjurkan majlis ini membuktikan bahawa nikmat keamanan dan kemakmuran sentiasa dikongsi bersama.

Beliau menyambut baik usaha pihak sekolah terbabit meneruskan penganjuran program seperti ini demi memupuk rasa cinta dan minat membaca kitab suci al-Quran yang juga merupakan salah satu usaha dalam kalangan pelajar Islam menguasai kemahiran membaca al-Quran.

BERITA LAIN

Pengundi muda luar kawasan jadi cabaran PRS Youth

KUCHING: Memastikan pengundi muda yang belajar dan bekerja di luar kawasan pulang menunaikan tanggungjawab pada 12 Disember menjadi cabaran utama Pergerakan Pemuda Parti Rakyat Sarawak

Kempen Bersemuka Masih Relevan

KUCHING: Individu yang sudah turun berkempen, aktif di media sosial atau memakai pakaian Gabungan Parti Sarawak (GPS) belum boleh dianggap sebagai calon rasmi selagi belum

BERITA TERBARU

Pengundi muda luar kawasan jadi cabaran PRS Youth

KUCHING: Memastikan pengundi muda yang belajar dan bekerja di luar kawasan pulang menunaikan tanggungjawab pada 12 Disember menjadi cabaran utama Pergerakan Pemuda Parti Rakyat Sarawak

Kempen Bersemuka Masih Relevan

KUCHING: Individu yang sudah turun berkempen, aktif di media sosial atau memakai pakaian Gabungan Parti Sarawak (GPS) belum boleh dianggap sebagai calon rasmi selagi belum