ARTIKEL

Christopher Gira

Pengundi muda luar kawasan jadi cabaran PRS Youth

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Memastikan pengundi muda yang belajar dan bekerja di luar kawasan pulang menunaikan tanggungjawab pada 12 Disember menjadi cabaran utama Pergerakan Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS Youth) menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13).

Ketua Pemuda PRS, Christopher Gira Sambang berkata, ramai anak muda Sarawak kini melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi atau bekerja di bandar, sekali gus berdepan kekangan masa dan perjalanan untuk pulang mengundi.

Menurutnya, komitmen pengajian dan pekerjaan menjadi faktor yang menjejaskan keupayaan golongan itu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Bagaimanapun, Gira menyifatkan tempoh berkempen selama 14 hari ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai mencukupi untuk calon dan parti politik mendekati pengundi.

Katanya, kemudahan jalan raya dan liputan internet yang semakin baik turut membantu pergerakan jentera parti serta usaha mendekati pengundi, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Beliau berkata, platform digital turut menjadi saluran penting dalam strategi komunikasi PRS Youth, khususnya untuk mengekalkan hubungan dengan pengundi muda yang berada di luar kawasan.

SPR menetapkan 28 November sebagai hari penamaan calon, 8 Disember bagi pengundian awal manakala 12 Disember sebagai hari pengundian. Tempoh berkempen pula berakhir pada 11.59 malam, 11 Disember.

BERITA LAIN

Kempen Bersemuka Masih Relevan

KUCHING: Individu yang sudah turun berkempen, aktif di media sosial atau memakai pakaian Gabungan Parti Sarawak (GPS) belum boleh dianggap sebagai calon rasmi selagi belum

BERITA TERBARU

Kempen Bersemuka Masih Relevan

KUCHING: Individu yang sudah turun berkempen, aktif di media sosial atau memakai pakaian Gabungan Parti Sarawak (GPS) belum boleh dianggap sebagai calon rasmi selagi belum