ARTIKEL

Mohd Joehari sah letak jawatan presiden FAM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PETALING JAYA: Teka-teki mengenai status Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terjawab selepas beliau sah melepaskan jawatan kerusi nombor satu badan induk itu.

FAM dalam kenyataan hari ini mengesahkan Mohd Joehari telah menyatakan hasrat berkenaan menerusi surat peletakan jawatan yang dihantar baru-baru ini.

Justeru, Jawatankuasa Eksekutif FAM dipanggil untuk mesyuarat khas kedua penggal 2025-2029 di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini, yang dipengerusikan Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, bagi membincangkan perkara tersebut.

“Jawatankuasa Eksekutif FAM meneliti hasrat Datuk Joehari dalam mesyuarat berkenaan dan akhirnya akur untuk menerima peletakan jawatan Presiden FAM bagi menghormati keputusan beliau.

“Jawatankuasa Eksekutif FAM berasa terharu dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih kepada Datuk Joehari atas segala sumbangan, jasa, dedikasi dan komitmen beliau sepanjang bersama FAM sejak dipilih sebagai Naib Presiden pada 2017 dan seterusnya Presiden pada 15 Feb 2025,” menurut kenyataan itu.—BERNAMA

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU