ARTIKEL

Moratorium secara automatik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Persekutuan perlu mempertimbangkan cadangan untuk memberikan moratorium automatik bagi semua pinjaman bank sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan seperti sebelum ini, kata Datuk Sim Kiang Chiok.
Pengerusi Persatuan Pemaju Estet Perumahan Sarawak (Sheda) itu berkata, ia penting untuk membantu perniagaan yang berhadapan dengan aliran tunai yang sukar.
“Moratorium automatik untuk semua pinjaman bank pada dasarnya akan meringankan dan membantu setiap isi rumah serta perniagaan dalam tempoh aliran tunai sukar dan waktu operasi pendek ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
“Ketika ini, agak sukar untuk memohon pinjaman baharu kerana kebanyakan bank memandang tempoh ini sebagai sangat berisiko untuk memberi pinjaman,” katanya ketika dihubungi.
Justeru katanya, pemberian moratorium secara automatik akan membantu perniagaan dan isi rumah untuk bertahan dalam tempoh yang sukar.
“Ia juga membantu modal kerja perniagaan apabila pembayaran pinjaman dapat ditangguhkan, selain tidak mendatangkan kerugian kepada bank kerana semua faedah masih dikenakan.
“Bahkan bank masih memperolehi keuntungan jika melanjutkan moratorium automatik selain menjaga asas hubungan dengan pelanggan.
“Oleh itu, saya berharap agar kerajaan mempertimbangkan pemberian moratorium automatik untuk semua pinjaman bank sekurang-kurangnya selama enam bulan,” katanya.
Terdahulu, sekumpulan 25 Ahli Parlimen pembangkang juga menggesa Kerajaan Persekutuan melaksanakan semula moratorium bayaran balik pinjaman secara automatik bagi tempoh enam bulan seperti PKP yang dilaksanakan pada Mac tahun lalu.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU