ARTIKEL

Pelbagai hadiah menarik menanti pengunjung Karnival Mini CIMIC PSPN X RASA FEST 2026.

Motosikal Aveta, Google TV antara hadiah menarik menanti pengunjung Karnival Mini CIMIC PSPN X RASA FEST

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 150 hadiah menarik ditawarkan kepada pengunjung Karnival Mini CIMIC PSPN X RASA FEST 2026 yang berlangsung selama lima hari bermula 11 hingga 15 November ini di pekarangan Stadium Samarahan.

Antara hadiah utama yang menanti pengunjung adalah sebuah motosikal Aveta Serra 125, televisyen Google TV bersaiz 55 inci, peti sejuk serta pelbagai peralatan elektrik.

Bagi merebut peluang memenangi hadiah berkenaan, sebanyak 2,000 tiket cabutan bertuah disediakan secara percuma kepada pengunjung.

Pengambilan tiket akan diadakan pada esok bermula 7.30 pagi di khemah sekretariat yang terletak di pekarangan stadium berkenaan.

Program anjuran Divisyen Pertama Infantri Malaysia dengan kerjasama pelbagai agensi dan rakan kolaborasi RASA FEST itu turut menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim
dalam kalangan masyarakat.

Penganjuran karnival tersebut bertujuan menyediakan ruang kepada masyarakat untuk menikmati pelbagai aktiviti komuniti, hiburan dan tawaran menarik bersama-sama keluarga.

Orang ramai, khususnya penduduk sekitar Kuching dan Samarahan, dijemput hadir bagi memeriahkan karnival berkenaan sepanjang penganjurannya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU