ARTIKEL

PEMBERSIHAN… Anggota bomba melakukan pembersihan di lokasi kemalangan

Motosikal terbakar akibat nahas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 dilaporkan terbakar setelah terlibat dalam kemalangan di KM 2, berdekatan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bau di sini, semalam.

Menurut Komander Operasi PBK I KUP Tiwi Nios, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 10.48 pagi.

‘’Sejurus panggilan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau ke lokasi kejadian,’’ katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Tiwi, motosikal itu dilaporkan terbakar sepenuhnya setelah terlibat dalam kemalangan dengan kereta Perodua Bezza.

Mangsa telah dibawa oleh orang awam ke hospital sebelum ketibaan anggota Bomba, ujarnya.

‘’Kebakaran berjaya dipadam menggunakan satu aliran salur bantu mula air daripada tangki jentera.

“Setelah selesai pembersihan jalan selain memastikan keadaan selamat, anggota bomba balik ke balai dan operasi ditamatkan jam 11.20 pagi,’’ katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU