ARTIKEL

Premier (tengah) menyaksikan pertukaran MoU antara SMD Semiconductor Sdn. Bhd., Photovoltaic Foundry Pte. Ltd. dengan Jiangsu Linyang Energy Co. Ltd. di Dewan Sri Sarawak, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

MoU: Sarawak Perkukuh Kedudukan Rantaian Nilai Global Semikonduktor, Infrastruktur Pintar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan SMD Semiconductor Sdn. Bhd., Photovoltaic Foundry Pte. Ltd. dan Jiangsu Linyang Energy Co. Ltd. memainkan peranan penting dalam menyokong inovasi semikonduktor teknologi tenaga serta penyelesaian infrastruktur digital.

Setiausaha Kewangan Sarawak merangkap Pengerusi SMD Semiconductor SMD, Datuk Seri Wan Lizozman Wan Omar berkata, kerjasama ketiga-tiga pihak berkenaan merupakan langkah penting dalam usaha Sarawak membina keupayaan teknologi bernilai tinggi serta mengukuhkan kedudukan negeri dalam rantaian nilai global semikonduktor dan infrastruktur pintar.

Katanya, SMD Semiconductor merupakan syarikat milik Kerajaan Sarawak, yang kini bergerak ke arah pembangunan cip semikonduktor bagi inverter solar generasi baharu, sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS), teknologi meter pintar dan sistem infrastruktur pintar.

Wan Lizozman (duduk dua kanan) dan Shariman (duduk dua kiri) ketika sidang media.

“Kerjasama ini juga menyokong pembangunan projek solar berskala besar dan solar bumbung sebagai sebahagian daripada agenda Sarawak untuk memperkukuh peranannya sebagai hab tenaga hijau serantau. Kami bukan sahaja memberi tumpuan kepada pasaran Sarawak, malah juga pasaran serantau dan global pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani MoU tersebut di Dewan Sri Sarawak, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Terdahulu, Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut hadir, sekali gus menyaksikan majlis menandatangani dan pertukaran dokumen MoU berkenaan.

Mengulas lanjut, Wan Lizozman memaklumkan, kehadiran Abang Johari pada majlis tersebut juga mencerminkan kepentingan kerjasama dengan rakan strategik.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SMD Semiconductor Shariman Jamil memberitahu, syarikat itu beroperasi sebagai syarikat semikonduktor fabless yang memberi tumpuan kepada reka bentuk cip dan pembangunan harta intelek, bukannya pembinaan kilang fabrikasi.

“Proses fabrikasi cip ketika ini dilaksanakan menerusi kerjasama dengan X-FAB di Samajaya, Kuching. Kami melakukan reka bentuk cip dan fokus kami ialah mereka bentuk harta intelek.

“Jadi, cip tersebut akan dihasilkan di bawah pendaftaran harta intelek kami. Itu merupakan perniagaan teras kami di SMD Semiconductor,” jelasnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU