ARTIKEL

Oscar Ling Chai Yew

MP Sibu ramal pengaruh GPS semakin luas dan kuat dalam politik Persekutuan masa depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Dalam beberapa tahun akan datang, politik Sarawak diramal akan membawa kepada penjajaran baharu.

Timbalan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Oscar Ling Chai Yew, berkata disebabkan perubahan situasi politik semasa negara, penjajaran ini diyakini tidak akan hanya menjadikan politik Sarawak lebih bersifat tempatan, tetapi juga dijangka akan lebih aktif dalam politik negara.

“Saya percaya, memandangkan kini Gabungan Parti Sarawak (GPS) sudah mempunyai Timbalan Perdana Menteri, ini akan memungkinkan mereka untuk memperluaskan lagi pengaruh parti.

“Sebagai contoh, jika mereka memenangi kesemua 31 kerusi Parlimen di Sarawak, mereka akan menjadi parti politik ketiga terbesar di negara ini.

“Namun jika mereka memperluaskan lagi kepada 11 hingga 16 kerusi lagi di Semenanjung Malaysia, mereka boleh menjadi parti kedua terbesar,” katanya kepada media, hari ini.

Ling berkata demikian setelah melihat situasi terkini politik Sarawak yang mencipta sejarah apabila parti pembangkang tempatan, Parti Sarawak Bersatu (PSB), menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP), salah satu komponen GPS, ekoran pembubaran PSB baru-baru ini.

Ahli Parlimen Sibu itu juga tidak menolak hakikat bahawa perpecahan telah berlaku dalam politik persekutuan, dan jumlah kerusi yang dimenangi oleh setiap parti tidak akan melebihi 50 kerusi.

Tidak dinafikan, tegasnya, bahawa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang merupakan tulang belakang GPS, dapat menjadi parti nasional pada masa hadapan untuk memenangi lebih banyak sokongan dan memainkan peranan yang lebih penting dalam politik persekutuan.

“Dapat dilihat parti politik tempatan sendiri terhad pengaruhnya dalam arena politik negara.

“Setiap parti mahu berkembang, dan perlu memenangi lebih banyak kerusi untuk mendapatkan lebih banyak pengaruh, malah memerintah sendiri.

“Oleh itu, saya meramalkan bahawa landskap politik Sarawak yang diterajui oleh GPS mungkin melakukan sesuatu ‘perubahan’ pada masa akan datang,” katanya.

Beliau juga berkata, jika cita-cita GPS maju menjadi lebih besar dan kuat, sudah pasti penjajaran baharu akan berlaku.

Mengenai pelantikan bekas Presiden PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh, sebagai Naib Presiden Kanan PDP, Oscar berkata PDP juga bersifat nasional.

Soon Koh, tegasnya, perlu memahami dengan jelas bahawa PDP yang disertainya juga merupakan parti nasional.

“PDP sudah pun mengumumkan ia mahu menjadi parti nasional pada 2017 dan menukar namanya daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) kepada PDP.

“Kritikan Soon Koh bahawa DAP Sarawak harus menjadi parti tempatan untuk lebih menangani keadaan semasa tempatan mengejutkan kami kerana beliau seolah-oleh tidak tahu sifat PDP yang baharu disertainya.

“Sebab ketika Soon Koh dalam PSB, beliau menggunakan wacana tempatan dan menolak parti nasional.

“Sekarang beliau menyertai parti nasional, yang bukan sahaja pelik, malah bertentangan dengan wacana yang dinyatakannya dahulu,” tegasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Ratusan rakyat Indonesia gempur kerajaan

JAKARTA: Ratusan rakyat Indonesia berkumpul di tengah Jakarta pada Rabu bagi membantah kesukaran ekonomi, rasuah dan cara kerajaan mengendalikan kebakaran hutan teruk yang menyebabkan jerebu

Yusuf Mahardika Lawan Rasa Takut

Mengakui dirinya penakut, pelakon Indonesia, Yusuf Mahardika, terpaksa berfikir dua kali sebelum menerima tawaran membintangi filem seram Rambut Sewu: Satu Langkah Geth. Namun, demi mencabar