ARTIKEL

- AKAN BERLANGSUNG...Datuk Sebastian Ting Chiew Yew (tengah) bersama-sama wakil penganjur merakam gambar selesai sidang media. - FOTO ALIF NONI

MPG 2025: Wang tunai RM100,000 menanti pemenang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kejohanan Pickleball Grand Slam MATTA 2025 akan berlangsung di gelanggang Pikabol, Jalan Pending, Kuching bermula dari 7 hingga 20 Oktober depan.

Ia bakal menyaksikan pertembungan menarik 1,350 peserta mewakili pelbagai kelab tempatan serta luar negara dengan menyediakan hadiah wang tunai keseluruhan RM100,000.

Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kejohanan julung kali ini dianjur oleh Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dengan kerjasama Persatuan Pickleball Malaysia, Persatuan Pickleball Sarawak (SPA), Persatuan Pickleball Kuching serta disokong penuh kementeriannya.

“Kita menjangkakan kejohanan ini meriah mengambil kira dua minggu ia berlangsung,” ujar Datuk Sri Karim menerusi teks siaran akhnar beliau yang dibaca oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dipejabatnya sebentar tadi.

Jelas beliau, kejohanan dua minggu itu mempertandingkan beberapa kategori.

Minggu pertama berlangsung untuk acara berpasukan yang terdiri daripada 12 pemain dengan pecahan kategori dipertandingkan ialah perseorangan lelaki, beregu lelaki, beregu wanita, beregu campuran dan beregu campuran master.

Manakala, saingan untuk minggu kedua pula mempertandingkan kategori perseorangan lelaki terbuka, beregu lelaki terbuka, beregu wanita terbuka dan remaja bawah 18 tahun.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU