ARTIKEL

Poster cabutan bertuah MPP

MPP tawar cabutan bertuah RM20,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) memperkenalkan inisiatif khas “Bayar Cukai Taksiran dan Menang” bagi menggalakkan pemilik dan penghuni hartanah di bawah pentadbirannya menjelaskan cukai taksiran lebih awal.

Ujar keyataan, menerusi program tersebut, MPP menawarkan hadiah cabutan bertuah bernilai keseluruhan RM20,000 sebagai tanda penghargaan kepada pembayar cukai yang menjelaskan cukai taksiran 2026 secara penuh.

“Penyertaan terbuka kepada semua pegangan berkadar dalam kawasan pentadbiran MPP yang berdaftar di bawah pemilikan individu dalam sistem majlis.

“Untuk layak menyertai cabutan bertuah berkenaan, pembayar cukai perlu membuat bayaran penuh bagi bil cukai taksiran penggal pertama dan kedua 2026 serta melunaskan sebarang tunggakan sebelum atau pada 31 Mei 2026,” ujar kenyataan.

Tambah kenyataan, cabutan bertuah itu dijadualkan berlangsung pada penghujung Jun 2026, sekali gus memberi peluang kepada pembayar cukai yang layak memenangi pelbagai hadiah menarik.

“Ini merupakan kali pertama inisiatif seumpama itu dianjurkan, mencerminkan pendekatan proaktif dan mesra pelanggan dalam mempromosikan pembayaran tepat pada masanya.

“MPP menggalakkan semua pemilik dan penghuni hartanah di bawah bidang kuasanya supaya menjelaskan cukai taksiran masing-masing seawal mungkin dan tidak melepasi tarikh akhir ditetapkan,” jelas kenyataan.

Pengumuman inisiatif tersebut dibuat dalam Mesyuarat Penuh Majlis MPP hari ini yang dihadiri Pengerusi MPP, Cr. Tan Kai; Timbalan Pengerusi MPP; Cr. Mahmud Dato Sri Ibrahim serta Setiausaha Perbandaran MPP, Ir. Goh Thiam Ho.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Pembangunan Korporat dan Komuniti MPP di talian 082-615566 sambungan 326 atau 327, atau melalui e-mel kristins96@sarawak.gov.my.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU