ARTIKEL

Tan Kai

MPP tidak lewat bertindak dalam isu struktur rumah kedai yang dilaporkan tidak stabil

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Majlis Perbandaran Padawan (MPP) tidak lewat bertindak dalam menangani isu struktur rumah kedai di Lorong Datuk Tawi Sli seperti didakwa Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen.

MPP bahkan memberikan bantuan kepada pengadu dan pemilik rumah kedai lain dalam melantik perunding, tegas pengerusinya, Kaunselor Tan Kai.

Menurutnya, berikutan isu yang diketengahkan pada November 2022, MPP mengambil tindakan segera.

“Kita mengeluarkan notis kepada pemilik rumah kedai, mengarahkan mereka melantik perunding profesional sendiri untuk menjalankan laporan penilaian integriti struktur.

“MPP turut memberi bantuan kepada pengadu dan pemilik rumah kedai lain dalam melantik perunding, selain telah menjalankan pemeriksaan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak pada Julai 2023.

“Justeru, MPP menangkis tuduhan Chong bahawa kita bertindak lewat dalam menangani isu struktur rumah kedai di Lorong Datuk Tawi Sli,” menurutnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selepas mesyuarat dan laporan pemeriksaan visual mengenai struktur yang disediakan oleh JKR Sarawak, jelasnya, MPP berhubung dengan jurutera profesional yang dilantik oleh pemilik rumah kedai untuk mempercepatkan penyediaan laporan penilaian integriti struktur.

“Walaupun pemilik rumah kedai harus bertanggungjawab ke atas kesejahteraan bangunan milik persendirian mereka, namun MPP berusaha menasihatkan dan memudahkan pemilik rumah kedai untuk menangani isu tersebut secepat mungkin.

“MPP mengiktiraf penerimaan laporan penilaian integriti struktur pada Februari 2024 dan maklumat tambahannya yang diberikan pada 27 Mac 2024,” ujarnya.

Untuk perkembangan terbaharu, tambah Tan Kai, MPP sedang dalam proses mendapatkan input lanjut daripada Ketua Inspektor Bangunan daripada JKR Sarawak sebagai sebuah agensi teknikal.

“Menurut Ordinan Bangunan Sarawak (SBO), 1994, Ketua Inspektor Bangunan dilantik di bawah Seksyen 27A untuk menasihatkan kerajaan tentang keselamatan bangunan dan membantu pihak berkuasa tempatan dalam melaksanakan kuasa mereka di bawah SBO.

“Justeru, MPP akan membuat tindakan susulan mengenai perkara itu dan mengambil langkah yang perlu bagi menangani sebarang kebimbangan yang masih ada,” katanya.

BERITA LAIN

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri