ARTIKEL

Clarence Ting mencuba buaian tradisional Melanau ‘itut’, Abang Carrol Abang Dris (kiri Clarence), bersama ahli jawatankuasa penganjur. | Foto TVS

MPS sasar rekod MBOR dengan ‘Itut’ BCF 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) berhasrat mencipta sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBOR) melalui ‘itut’ iaitu buaian tradisional Melanau setinggi 60 kaki yang didirikan khas di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 1 sempena Festival Kebudayaan Borneo (BCF) tahun ini.

Pengerusi MPS, Clarence Ting berkata, pihaknya berharap jumlah pengunjung ke tarikan itu dapat digandakan berbanding tahun lalu agar dapat mencapai sasaran tersebut.

“Rekod tahun lepas mencatatkan kira-kira 1,100 pengunjung menurut Kaunselor Abang Carrol Abang Dris, Pengerusi Persatuan Kebajikan Melanau Kampung Nangka dan Pengerusi Penganjur itut. Jadi, kami ingin melepasi atau menggandakan angka itu.

“Saya berasa sangat bangga kerana MPS turut terlibat dalam inisiatif ini. Saya menyeru orang ramai agar hadir beramai-ramai untuk membantu kami mencapai MBOR.

“Datang dan daftarkan diri anda untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan buaian itut itu pada Khamis.

Beliau dalam pada itu turut menzahirkan penghargaan kepada komuniti Melanau atas sokongan dan sumbangan mereka terhadap usaha berkenaan.

Sementara itu, Abang Carrol yakin sasaran itu mampu dicapai, terutamanya dengan keadaan cuaca yang dijangka baik sepanjang festival berlangsung.

“Jumlah pengunjung itut akan direkodkan sepanjang BCF edisi ke-21 yang berlangsung dari 3 hingga 12 Julai di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 1 dan 2.

“Pengunjung juga tidak diwajibkan untuk menaiki buaian itut bagi direkodkan, kehadiran dan pendaftaran di lokasi sudah memadai,” jelas beliau.

Turut hadir Timbalan Pengerusi MPS, Mohammed Abdullah Izkandar Roseley. — TVS

BERITA LAIN

BERITA TERBARU