DEBAK: Pekan Debak kembali menjadi tumpuan peminat sukan berbasikal dengan berlangsungnya Perlumbaan Berbasikal MTB Jamboree Antarabangsa Saribas edisi ketujuh 2026.
Acara berprestij anjuran Pusat Khidmat DUN Saribas dengan kerjasama Persatuan Berbasikal Bahagian Betong (PBBB) menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM28,000.
Pengerusi, Saiful Hanizam Suhaini memberitahu, 12 kategori dipertandingkan untuk perlumbaan yang dijadual berlangsung pada 26 Julai depan tersebut.
Beliau memberitahu, antara kategori dipertandingkan kelak ialah Lelaki Terbuka (18 Tahun Ke Atas), Perempuan Terbuka (13 Tahun Ke Atas), Master A (30-34 Tahun), Master B (35-39 Tahun), Veteran A (40-44 Tahun), Veteran B (45-49 Tahun), Senior A (50-54 Tahun), Senior B (55-59 Tahun), Otai Legend (60 Tahun Ke Atas), Super XL BMI (33 Tahun Ke Atas), Tertutup Betong (18 Tahun Ke Atas) dan Remaja (13-17 Tahun).
Katanya, yuran dikenakan bermula RM90 hingga RM110 dan perlu dibayar sebelum tarikh tutup pendaftaran.
Menariknya perlumbaan kali ini, pelumba terlibat akan mengharungi laluan sejauh 30 kilometer yang penuh mencabar.
Sebarang urusan pendaftaran boleh menghubungi Ihsan di talian 013-5612983 dan Zul di talian 016-8001690.



