ARTIKEL

Dr. Zulkifli dan Dr. Abdul Rahman bersama-sama yang lain pada sidang media Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Persada Majma, Aras 17, pusat beli-belah Majma.

MTHQK 2027 Berlangsung di Kuching dari 3 hingga 8 Mei 2027

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1448H/2027M (MTHQK 1448/2027) akan berlangsung di Bandar Raya Kuching bermula 3 hingga 8 Mei tahun hadapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan berkata, penganjuran tersebut bukan sekadar pertandingan menentukan qari, qariah dan penghafaz terbaik negara, malah menjadi wadah menyemarakkan cinta akan al-Quran serta menggalakkan penghayatannya dalam kehidupan seharian.

“Nilai al-Quran seperti ihsan, keadilan, amanah dan takwa ditekankan sebagai panduan masyarakat dalam menghadapi cabaran semasa, termasuk penyebaran maklumat tidak tepat dan perkembangan kecerdasan buatan (AI),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Persada Majma, Aras 17, pusat beli-belah Majma di sini, hari ini.

Sementara, beliau memberitahu pemilihan Sarawak sebagai tuan rumah mencerminkan komitmen bersama Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam memperluas syiar Islam kepada rakyat.

Dalam pada itu, penganjuran kali ini turut menampilkan pameran khat sedunia pada program yang sama sebagai tarikan istimewa majlis berkenaan.

Dalam perkembangan sama, beliau menzahirkan harapan agar MTHQK 1448/2027 menjadi medan yang menyatukan masyarakat
melalui rasa cinta akan al-Quran, tanpa mengira latar belakang serta menyemarakkan syiar Islam dalam suasana yang harmoni.

“Kita juga mahu generasi muda melihat al-Quran sebagai sumber ilmu, pedoman kehidupan dan asas pembentukan jati diri dalam menghadapi cabaran dunia moden,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU