ARTIKEL

Muhyiddin usul bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat naik RM1,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SANDAKAN: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan agar bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang pada masa ini berjumlah antara RM200 dan RM300 kepada mereka yang layak dinaikkkan ke RM1,000.

Katanya cadangan itu akan beliau kemukakan pada mesyuarat jemaah menteri minggu depan.

“Saya tahu cakap (kenyataan) saya ini mempunyai implikasi besar, but I don’t care (tapi saya tidak peduli).

“What is important is the livelihood of our people down there (Yang penting ialah mata pencarian rakyat di akar umbi) … they have suffered for a long time (mereka menderita sejak sekian lama),” katanya pada majlis perjumpaan bersama pimpinan masyarakat, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata usaha membantu golongan itu termasuk B40 merupakan aspirasi kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinannya.

Beliau juga meluahkan rasa sedih dengan nasib golongan itu walaupun negara telah lama merdeka.

“Mereka ini manusia yang masih hidup, tetapi dengan pendapatan kecil, sukar untuk hidup.

“Kalau mereka sakit, saya tidak jamin mereka boleh hidup sejahtera,” katanya.

Muhyiddin kini dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Sabah, bermula semalam.– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan