ARTIKEL

Mukah dibanjiri payak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Bahagian Mukah yang terkenal dengan hasil laut segar, kini ‘diserang’ udang merah atau lebih dikenali sebagai payak dalam kalangan masyarakat tempatan di sini.

Rata-rata nelayan di sini menggunakan pukat tunda untuk menjeratnya. Dengan hasil laut yang banyak ini, menyebabkan harganya sedikit menurun.

Menurut nelayan di sini, Wardi Norsidi, 48, payak memeriahkan urusan jual beli di pasar basah Mukah sejak beberapa hari kebelakangan ini.

“Setiap nelayan yang turun ke laut pada awal pagi sejak beberapa hari lalu pasti meraih tangkapan udang merah yang banyak,” ujarnya. Menurutnya, kini ia dijual pada harga RM10 sekilogram, berbanding RM20 sebelum ini.

Malah udang putih atau sualo, turut turun harga. “Kalau musim banyak seperti sekarang, biasanya kami meletakkan harga ‘mesra pelanggan’… malah ada yang dapat percuma,” jelas Wardi lagi.

“Kebiasaannya, musim hasil laut yang banyak akan muncul pada Mac hingga Oktober.
“Ketika itulah harga hasil laut di sini amat berpatutan, malah ia boleh turun separuh harga… atau kurang lagi,” ujarnya. Selain Mukah, payak juga ‘menyerang’ beberapa daerah lain seperti Oya, Belawai, Matu dan Daro.

…… untuk berita selanjutnya dapatkan naskah Suara Sarawak hari ini..

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU