ARTIKEL

Mukah johan pertandingan gerai komuniti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Daerah Mukah muncul johan bagi Kategori Daerah dan Daerah Kecil dalam Pertandingan Gerai Komuniti sempena Kaul Mukah 2026, baru-baru ini.

Kemenangan itu melayakkan Daerah Mukah membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM2,000, termasuk sumbangan tambahan RM500 yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib.

Naib johan pula dimenangi Daerah Daro yang membawa pulang RM1,200, manakala tempat ketiga menjadi milik Daerah Kecil Igan dengan hadiah wang tunai RM1,000.

TAHNIAH… Hanifah menyampaikan hadiah kepada johan gerai komuniti kategori daerah dan daerah kecil serta JKKK dan persatuan, baru-baru ini.

Bagi kategori Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Persatuan, JKKK Kampung Tutus Ulu dinobatkan sebagai johan dengan hadiah keseluruhan RM2,000 termasuk sumbangan khas.
Tempat kedua disandang JKKK Kampung Tellian Ulu yang menerima RM1,200, manakala tempat ketiga dimenangi JKKK Kampung Datuk dengan hadiah RM1,000.

Pertandingan itu menyaksikan sambutan memberangsangkan apabila melibatkan sebanyak 36 lot bagi dua kategori, iaitu Daerah dan Daerah Kecil serta JKKK dan Persatuan.

Bagi kategori Daerah dan Daerah Kecil, sebanyak lapan penyertaan diterima melibatkan Mukah, Dalat, Matu, Daro, Tanjung Manis serta daerah kecil Balingian, Oya dan Igan.

Sementara itu, kategori JKKK dan Persatuan merekodkan 23 penyertaan yang menampilkan kreativiti serta keunikan dekorasi gerai masing-masing.

Selepas majlis penyampaian hadiah tersebut, turut diadakan Showcase CATS30 x Pesta Kaul Mukah sempena sambutan Kaul Mukah 2026.

Ribuan pengunjung membanjiri Tapak Kaul Mukah bagi memeriahkan Showcase CATS30 x Pesta Kaul Mukah dengan penampilan artis-artis popular tanah air seperti Aisha Retno, Haqiem Rusli, Marsha Milan dan Ameng.

Persembahan yang disajikan menghiburkan pengunjung menerusi rangkaian lagu popular masing-masing, sekali gus menyemarakkan lagi suasana pesta yang berlangsung meriah.

Turut hadir menyaksikan konsert tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi dan ADUN Tellian, Royston Valentine.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU