ARTIKEL

MASIH terdapat kemudahan yang belum disediakan dan penduduk di sini terpaksa ke kawasan lain berdekatan seperti Sibu dan Bintulu

MUKAH perlukan pejabat KWSP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH yang terletak di zon tengah Sarawak sememangnya mengalami pembangunan pesat seperti kawasan lain di negeri ini.

Tidak dinafi kan, dengan adanya sokongan dan kerjasama rakyat, pembangunan ini dapat dilaksanakan dengan lancar.

Hal ini demikian kerana mereka percaya dan memberi sokongan padu kepada wakil rakyat serta agensi yang terlibat, khususnya dalam aspek penyediaan kemudahan infrastruktur.

Namun, dalam pembangunan pesat Mukah, masih terdapat kemudahan yang belum disediakan dan penduduk di sini terpaksa ke kawasan lain berdekatan seperti Sibu dan Bintulu.

Antaranya pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Tanpa pejabat ini, penduduk di Mukah perlu ke pejabat berdekatan seperti di Sibu atau Bintulu untuk menyelesaikan urusan mereka.

Perkara ini tentunya memakan banyak kos, khususnya dari segi pengangkutan, hanya untuk menyelesaikan urusan KWSP seperti pendaftaran i-Akaun.

Berdasarkan pengalaman saya, urusan untuk mengaktifkan i-Akaun tidak memakan masa yang lama, iaitu kurang daripada lima minit.

Urusan tersebut tentunya akan memudahkan penduduk di Mukah sekiranya kios KWSP disediakan di sini, tanpa mereka perlu ke kawasan lain seperti Sibu dan Bintulu.

Walaupun urusan tersebut boleh diselesaikan secara dalam talian, ada kes tertentu yang memerlukan pengesahan atau bantuan pegawai KWSP untuk menguruskannya.

Adalah lebih baik sekiranya Mukah mempunyai kemudahan KWSP sendiri untuk memudahkan penduduk di sini, terutamanya berkaitan isu KWSP yang hangat beberapa bulan lalu.

Penduduk bukan sahaja boleh bertanya terus kepada pegawai KWSP, malah mereka juga boleh memahami proses pengeluaran KWSP dan urusan berkaitan dengan lebih jelas.

Walaupun disediakan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya terdapat masalah atau pertanyaan, tentunya lebih mudah berurusan secara terus kerana lebih banyak maklumat boleh diperoleh dengan lebih cepat dan tepat.

Sehubungan itu, dengan adanya pejabat KWSP di Mukah, penduduk tidak perlu membuang masa dan wang untuk ke tempat lain sematamata menyelesaikan urusan tersebut.

Bukan itu sahaja, bagi mereka yang kurang berkemampuan, perkara ini sangat membantu, terutamanya dari segi kewangan untuk ulang alik ke kawasan lain bagi urusan KWSP.

Pada masa yang sama, saya puji usaha pihak Program Outreach Mobile Team KWSP yang menyediakan perkhidmatan seperti di pejabat, namun dilaksanakan secara bergerak di beberapa kawasan, khususnya di luar bandar.

Menurut salah seorang pegawai yang bertugas, program tersebut bertujuan membantu memudahkan urusan pencarum KWSP.

Orang ramai, khususnya penduduk di Mukah, menyambut baik pelaksanaan program ini kerana mereka berpendapat ia lebih mudah dan menjimatkan masa perjalanan ke tempat lain untuk urusan yang melibatkan KWSP.

Di samping itu, saya berharap pihak berkaitan memandang serius perkara ini kerana ia sangat membantu rakyat di kawasan Mukah.

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

Kesedaran sivik masih rendah

SEJAK awal bulan ini, laman Facebook saya dipenuhi dengan pelbagai cerita, video, berita dan gambar mengenai perlumbaan Formula Satu (Formula One) yang berlangsung di Litar

BERITA TERBARU