ARTIKEL

RASMI… Fatimah (tengah) menyempurnakan simbolik perasmian Kejohanan Wushu Bahagian Mukah 2026, hari ini.

Mukah semakin menyerlah sebagai pusat pembangunan wushu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DALAT: Mukah kini semakin dikenali sebagai antara pusat pembangunan wushu di Sarawak dengan penyertaan aktif kanak-kanak dan belia daripada pelbagai kaum serta latar belakang.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, perkembangan itu membuktikan bahawa sukan mampu menjadi platform perpaduan rakyat Sarawak yang berbilang bangsa dan budaya.

“Kita juga berbangga kerana atlet-atlet wushu dari Mukah telah menunjukkan pencapaian membanggakan di peringkat negeri dan kebangsaan.

“Selain itu, Dalat juga mempunyai tiga atlet yang mewakili Sarawak ke temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan ini membuktikan bahawa anak-anak Dalat mempunyai potensi besar untuk menyerlah dalam arena sukan di peringkat lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Kejohanan Wushu Bahagian Mukah 2026 di Stadium Perpaduan Dalat, di sini, hari ini.

RAKAM KENANGAN…. Fatimah merakam kenangan bersama yang lain dalam majlis tersebut.

Menyentuh mengenai kejohanan itu, katanya, ia melibatkan penyertaan dari Dalat, Oya, Mukah dan Balingian dengan jumlah keseluruhan seramai 98 peserta.

Ujarnya, sebanyak 106 acara dipertandingkan melibatkan kategori Wushu Taolu dan Wushu Sanda.

Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat turut menasihatkan ibu bapa agar terus memberi galakan kepada anak-anak untuk aktif dalam sukan.

“Pelibatan dalam sukan bukan sahaja membina tubuh badan yang sihat, malah membantu membentuk sahsiah, kepimpinan dan daya tahan diri.

“Bagi peserta, jadikan kejohanan ini sebagai medan menimba pengalaman dan membina keyakinan diri,” jelasnya.

Dalam pada itu, Kerajaan Sarawak sentiasa menyokong pembangunan belia dan sukan kerana pelaburan dalam pembangunan insan mampu menentukan masa depan Sarawak.

Tambahnya, kerajaan mahu melahirkan lebih ramai atlet muda yang mampu mengharumkan nama Mukah, Sarawak dan Malaysia di persada yang lebih tinggi.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU