ARTIKEL

RAKAM KENANGAN… Bonnie (depan dua kiri) merakam kenangan bersama yang lain selepas taklimat penubuhan Kelab Rakan Muda Bahagian Mukah, baru-baru ini. (FOTO: JAPEN MUKAH)

Mukah tubuh Kelab Rakan Muda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Penubuhan Kelab Rakan Muda di Bahagian Mukah adalah platform untuk memperkukuh pembangunan belia di kawasan ini serta menyokong usaha melahirkan generasi MADANI berdaya saing, berintegriti dan aktif dalam pembangunan komuniti.

Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah, Bonnie Manau Michael Amerikan berkata, penubuhan kelab tersebut adalah untuk memperkukuh kepimpinan dalam kalangan belia sekali gus memperluas pelibatan mereka dalam pelbagai bidang pembangunan diri.

“Belia di Bahagian Mukah perlu menjadi pemangkin kepada pembangunan masyarakat,” katanya selepas sesi taklimat penubuhan kelab tersebut, baru-baru ini.

Penubuhan kelab tersebut melibatkan Kelab Rakan Muda Igan, Kelab Rakan Muda Tanjong Manis dan Kelab Rakan Muda Mukah.

Ujarnya, kelab-kelab yang ditubuhkan akan bergerak berteraskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda, iaitu Rakan Demokrasi, Rakan Bumi, Rakan Litar, Rakan Niaga, Rakan Prihatin, Rakan Mahir, Rakan Aktif, Rakan Ekspresi, Rakan Digital, dan Rakan Muzik.

Sehubungan itu, Bonnie menjelaskan bahawa Kelab Rakan Muda di Bahagian Mukah akan didaftarkan di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) selaras dengan peruntukan yang ditetapkan.

“Ini bagi memastikan setiap kelab mempunyai struktur organisasi jelas, perlembagaan teratur, serta tadbir urus yang baik dalam pengurusan aktiviti dan kewangan.

“Sokongan padu daripada pihak jabatan serta komitmen ahli kelab adalah faktor utama kejayaan pelaksanaan inisiatif ini,” jelasnya.

Pnubuhan kelab juga dilihat sebagai usaha memperkukuh jaringan kerjasama antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan serta komuniti setempat dalam merancang dan melaksanakan program pembangunan belia.

Tambahnya, dengan struktur organisasi tersusun, pengiktirafan rasmi melalui ROY serta pelibatan aktif belia, Bahagian Mukah mampu menjadi antara kawasan contoh dalam pelaksanaan program Rakan Muda di Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU