ARTIKEL

TAHNIAH….Pasukan Mukah UItimate merakam kenangan semasa JYUO’26, baru-baru ini. P3: P4:

Mukah Ultimate Raih Gangsa di Kejohanan JYUO’26 Bawah 17 Tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Pasukan Mukah Ultimate mewakili Sarawak, dibarisi pelajar dari SMK St. Patrick dan SMK Three Rivers mencatat kejayaan membanggakan apabila meraih pingat gangsa pada Kejohanan Johor Youth Ultimate Open (JYUO’26) Bawah 17 Tahun peringkat kebangsaan, di Padang Bandaraya Pasir Gudang, Johor dari 11 hingga 16 Jun lalu.

Kejayaan tersebut sekali gus meletakkan pasukan Mukah Ultimate Sarawak di kedudukan ketiga daripada 20 pasukan yang bertanding dari seluruh negara.

Pasukan yang mewakili Sarawak itu terdiri daripada 21 murid dari SMK St. Patrick dan SMK Three Rivers Mukah di bawah bimbingan Jurulatih Negeri, Ismandi Dillah dari SMK St. Patrick.

Pada peringkat kumpulan, pasukan Mukah Ultimate mempamerkan aksi cemerlang apabila menewaskan SMK Bukit Pasir, Muar 13-0, SMK Agama Segamat 13-0, SMK Sri Rahmat 6-4 dan SMK Kompleks Rantau Abang 13-1.

TAHNIAH….Pasukan Mukah UItimate merakam kenangan semasa JYUO’26, baru-baru ini.

Momentum kemenangan itu diteruskan apabila mereka sekali lagi menewaskan SMK Sri Rahmat 7-3 pada peringkat suku akhir Kumpulan A.

Bagaimanapun, cabaran pasukan Mukah Ultimate untuk melangkah ke pentas akhir terhenti selepas tewas 4-8 kepada SMK Datuk Jaafar Hassan pada aksi separuh akhir Kumpulan A.

Pasukan tersebut bangkit pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat apabila menewaskan SMK Scientex Pasir Gudang 12-3 sekali gus mengesahkan kedudukan ketiga keseluruhan kejohanan.

Lebih membanggakan, pemain Mukah Ultimate, Audreysha Mayang Lawan dari SMK St. Patrick turut dinobatkan sebagai Penjaring Wanita Terbaik Bawah 17 Tahun dan pasukan tersebut turut mendapat anugerah Spirit of the Game (SOTG) selama dua tahun berturut-turut.

Ismandi (kanan) menerima anugerah SOTG bagi Pasukan Ultimate Mukah dalam kejohanan tersebut.

Jurulatih pasukan, Ismandi berkata, kejayaan itu merupakan hasil usaha berterusan para pemain yang sentiasa komited menjalani latihan meskipun ketika cuti persekolahan.

“Kejayaan meraih pingat gangsa ini amat membanggakan kerana pasukan berjaya melepasi sasaran awal dan melonjakkan kedudukan kebangsaan,” katanya kepada Suara Sarawak.

Sementara itu, pihak pasukan Mukah Ultimate merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Mukah, para pengetua, guru-guru serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan kepada pembangunan pasukan tersebut.

Penghargaan turut diberikan kepada para penyumbang yang membantu menjayakan penyertaan pasukan ke kejohanan berkenaan iaitu Pusat Khidmat Parlimen P213 Mukah, Pusat Khidmat N58 Balingian, Famili Cherry Queen, I Care Farmasi, Cietrashana Enterprise, Malisa Enterprise serta ibu bapa pemain.

Audreysha Mayang dinobatkan sebagai Penjaring Wanita Terbaik Bawah 17 Tahun dalam kejohanan tersebut.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU