ARTIKEL

TAHNIAH... Peleadzman menyampaikan hadiah kepada kumpulan Mukun Warisan Melanau yang dinobatkan sebagai juara Pertandingan Bermukun (kategori Adiwarna) sempena Kaul Mukah 2026 di Tapak Pesta Kaul, malam tadi.

Mukun Warisan Melanau Bintulu juara kategori Adiwarna Kaul Mukah 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Kumpulan Mukun Warisan Melanau Bintulu dinobatkan sebagai juara Pertandingan Bermukun bagi kategori Adiwarna sempena Kaul Mukah 2026 di Tapak Pesta Kaul, malam tadi.

Kejayaan itu membolehkan kumpulan yang mewakili Persatuan Melanau Bintulu tersebut membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,200, piala serta sijil.

Persembahan mereka berjaya menambat hati juri dengan mencatatkan kutipan markah tertinggi sebanyak 96.5 peratus.

Peleadzman menyampaikan hadiah kepada wakil kumpulan Kasihnya Perantau yang muncul juara kategori Adiputera dalam pertandingan tersebut.

Naib johan dimenangi oleh kumpulan Perantau Seni dengan markah 96 peratus dan membawa pulang wang tunai RM1,000, piala serta sijil.

Tempat ketiga pula disandang oleh kumpulan Selendang Putera dari Kumpulan Mukun Selendang Sutera Brunei Darussalam dengan markah 94.5 peratus, sekali gus membawa pulang wang tunai RM800, piala serta sijil.

Sementara itu, anugerah busana dan tatarias terbaik bagi kategori sama dimenangi oleh Selendang Sutera, manakala gelaran pasangan pemantun terbaik disandang oleh Perantau Seni.

RAKAM KENANGAN… Peleadzman merakamkan kenangan bersama-sama barisan pemenang dan jawatankuasa penganjur selepas selesai majlis penyampaian hadiah pertandingan tersebut.

Bagi kategori Adiputera, johan dimenangi oleh kumpulan Kasihnya Perantau, diikuti Kasih Abadi di tempat kedua dan Warisan Zaman Berzaman di tempat ketiga.

Dalam kategori yang sama, anugerah busana dan tatarias terbaik serta pemantun terbaik turut dimenangi oleh kumpulan Kasihnya Perantau.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Mukah, Peleadzman Ahip.

Sebanyak 14 kumpulan menyertai pertandingan itu yang terdiri daripada peserta dari Mukah, Oya, Daro, Bintulu, Miri, Limbang dan Brunei Darussalam.

Pertandingan tersebut dianjurkan oleh barisan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Mukah bagi memeriahkan lagi sambutan Kaul Mukah 2026.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU