ARTIKEL

Foto MOHD ALIF NONI

Mula budayakan amalan 6R

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Masyarakat kini perlu bergerak ke arah amalan 6R (Reduce – kurangkan, Reuse – guna semula, Recycle – kitar semula, Rethink – fikir semula, Replace – gantikan dan Refuse – tolak) untuk mendepani isu perubahan iklim masa kini.

Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, seiring dengan usaha kerajaan menerusi Strategi Pembangunan PascaCOVID-19 (PCDS) 2030 negeri, semua perlu berganding bahu menangani masalah tersebut.

“Amalan 3R tidak lagi sesuai (tidak mencukupi) untuk berdepan dengan isu perubahan iklim yang kian menjadi-jadi pada masa ini

. “Justeru, kita perlu tambah peranan untuk berfikir sejenak apa-apa yang patut dibuang, keperluan untuk menggantikan barang serta tolak untuk membuang barangan yang boleh dikitar semula,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Karnival Komuniti Kampung Kenyalang 2023 di Dewan Persatuan Komuniti Kenyalang Park, di sini, semalam.

Menurutnya, isu itu perlu diberikan perhatian kerana boleh membawa musibah terhadap nyawa manusia di seluruh dunia.

“Malah, kita sendiri menyaksikan kebakaran pusat pelupusan sampah di Mambong pada tahun ini, terbakar disebabkan keadaan dunia sekarang.

“Begitu juga dengan keadaan yang berlaku di Arab Saudi yang kini mencapai tahap suhu 52 darjah Celsius pada musim panas.

Manakala berlaku kematian di New York sekitar musim Krismas disebabkan ribut salji.

Ini semua disebabkan perubahan iklim,” tegasnya.

Bagaimanapun katanya, masih ada segelintir ahli politik yang tidak peka dengan perkara tersebut dan hanya mengangkat isu-isu yang tidak berkaitan.

“Mereka sudah ketandusan idea dan tidak tahu apa yang lebih penting (perubahan iklim),” katanya. Tegasnya lagi, setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing agar bumi dapat terus didiami.

“Walaupun yang anda rasa telah lakukan tidak seberapa, ia tetap menyumbang kepada usaha murni untuk menangani isu perubahan iklim,” jelasnya.

Dalam program yang sama, beliau turut menyempurnakan Program Bank Sampah yang dilancarkan bagi tujuan menggalakkan amalan kitar semula.

BERITA LAIN

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali