SEKOLAH Kebangsaan (SK) Muara Tebas menjadi lokasi pelaksanaan Program Outreach Grow SMART UiTM 2026 yang memperkenalkan pertanian hidroponik dan akuaponik.
Program ini mengetengahkan pendekatan pendidikan berasaskan kelestarian, inovasi dan teknologi pertanian moden kepada warga sekolah serta komuniti setempat.
Hasil kerjasama antara Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM Shah Alam dengan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, UiTM Cawangan Sarawak, program berkenaan turut menghimpunkan warga akademik, guru, murid, wakil agensi, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pemimpin masyarakat serta komuniti setempat bagi memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi pengajian tinggi, sekolah dan masyarakat.
Antara pengisian utama program ialah gimik perasmian yang menyaksikan penanaman pokok menggunakan sistem hidroponik serta pelepasan ikan sebagai simbol pengenalan teknologi pertanian moden dan sistem akuaponik kepada warga sekolah.
Gimik tersebut turut disertai wakil UiTM, wakil PETRONAS, guru besar SK Muara Tebas, wakil PIBG, penghulu kampung serta wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
Program ini bukan sekadar memberikan pendedahan secara teori, malah menyediakan pengalaman pembelajaran secara praktikal kepada peserta.
Menerusi lawatan ke tapak sistem hidroponik dan akuaponik, peserta diberikan penerangan ringkas berkaitan fungsi, kaedah pengendalian serta penggunaan kedua-dua sistem dalam pengeluaran makanan secara lestari.
Sesi demonstrasi dan aktiviti amali turut memberi peluang kepada murid untuk melihat sendiri cara teknologi pertanian moden diaplikasikan dalam persekitaran sekolah.
Pendekatan tersebut secara tidak langsung menjadikan proses pembelajaran lebih menarik, interaktif dan dekat dengan kehidupan seharian murid.
Menurut penganjur, pendedahan kepada teknologi hidroponik dan akuaponik sejak di peringkat sekolah penting dalam membentuk generasi yang bukan sahaja celik sains dan teknologi, malah mempunyai kesedaran tinggi terhadap kelestarian alam sekitar, penggunaan sumber secara berhemah dan keterjaminan makanan.
Sistem hidroponik yang membolehkan tanaman ditanam tanpa menggunakan tanah serta sistem akuaponik yang menggabungkan penternakan ikan dan penanaman tumbuhan memberikan gambaran jelas kepada murid tentang cara sumber dapat dimanfaatkan secara lebih cekap dan mampan.
Inisiatif seumpama ini juga berpotensi menyemai minat murid terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), selain memperkenalkan mereka kepada bidang pertanian moden yang semakin berkembang seiring dengan kemajuan teknologi dan cabaran perubahan iklim.
Selain aspek pendidikan, program berkenaan turut mengangkat kepentingan pemindahan ilmu daripada institusi pengajian tinggi kepada sekolah dan komuniti, sekali gus memperlihatkan peranan universiti dalam memberikan impak secara langsung kepada masyarakat.
Usaha tersebut selari dengan aspirasi pembangunan mampan serta Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya dalam aspek pendidikan berkualiti, penggunaan sumber secara bertanggungjawab, usaha menangani perubahan iklim dan pembangunan komuniti yang lebih lestari.
Kerjasama antara UiTM, SK Muara Tebas, agensi berkaitan serta komuniti setempat diharap dapat diteruskan menerusi pelbagai inisiatif berimpak tinggi yang mampu melahirkan generasi muda yang berilmu, kreatif, inovatif dan prihatin terhadap kelestarian alam sekitar.
Program itu turut membuktikan sekolah bukan sahaja menjadi tempat penyampaian ilmu, malah mampu menjadi medan percambahan idea dan penerapan teknologi hijau yang memberikan manfaat kepada murid, warga sekolah serta komuniti secara keseluruhannya. seiring dengan kemajuan teknologi dan cabaran perubahan iklim.
Selain aspek pendidikan, program berkenaan turut mengangkat kepentingan pemindahan ilmu daripada institusi pengajian tinggi kepada kepada murid, warga sekolah serta komuniti secara keseluruhannya.



