ARTIKEL

Muruku PKPB Jayachanthiran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PEMBUAT muruku A. Jayachanthiran tidak menang tangan untuk menyiapkan tempahan juadah wajib perayaan Deepavali yang semakin banyak diterima ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri sejak Isnin lalu.

Jayachanthiran 64 berkata, pelaksanaan PKPB bermaksud ramai penganut Hindu tidak dapat pulang ke kampung seperti tahun sebelumnya, menyebabkan mereka perlu membuat persiapan saat akhir bagi meraikan perayaan itu walaupun dalam suasana sederhana.

“Kami kini membuat muruku bermula sekitar 10 pagi sebelum berhenti pada 4 petang kerana saya perlu membuat persiapan untuk berniaga di pasar malam atau melakukan kerja lain.

Kerja ini akan bersambung semula pada sebelah malam.

“Harap kami tidak perlu bersengkang mata sehingga awal pagi untuk menyiapkan semua tempahan kerana telah menetapkan Khamis ini sebagai hari akhir menghantar muruku supaya dapat membuat persiapan Deepavali pula,” katanya semasa ditemui di rumahnya di Taman Shahzan di Kuantan.

Jayachanthiran yang sudah lebih 20 tahun membuat muruku menambah, beliau menggunakan 50 kilogram tepung beras pada tahun ini, dengan proses penyediaan dibantu isteri, M. Thivanney, 64, dan anak Prakash Kumar, 40, yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) pendengaran dan bisu.

Bagi melancarkan proses pembuatan juadah tradisional itu, mereka membuka dapur sementara di ruangan tempat letak kereta kerana proses penyediaannya mengambil masa panjang, khususnya muruku tepung beras yang perlu dibuat satu per satu sebelum digoreng.

“Kami juga memastikan muruku termasuk yang dijual di pasar malam merupakan stok baharu selain tidak menggunakan minyak masak sama berulang kali supaya tiada bau tengik.

“Muruku yang siap akan terus dibungkus dan dihantar pada hari sama atau keesokannya,” katanya dan menambah muruku itu enak dimakan dalam tempoh sebulan.

Jayachanthiran menambah, resipi muruku ditambah baik daripada resipi keluarga di Ipoh, Perak yang mengambil masa hampir setahun untuk disempurnakan sehingga akhirnya yakin untuk berhenti kerja sebagai pemandu lori bagi menjual muruku sepenuh masa pada 2000.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU