ARTIKEL

Peserta uji bakat Malaysia Championship of Performing Arts merakam kenangan bersama-sama di Star On Stage (SOS) Kuching, 8 Februari lalu.

Muzik sape ke ‘Olimpik Seni Persembahan’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kejayaan empat pemain sape dari Sarawak melayakkan diri ke ‘World Championship of Performing Arts’ (WCOPA) 2025 di California membuktikan industri muzik tradisional negeri ini terus mendapat pengiktirafan pada peringkat global.

Empat ahli Persatuan Anak Seni Sape Kuching (Pusak) yang akan membawa cabaran Sarawak dan Malaysia ialah Baptista Emmanuell Korintus, 10, Mohd Ikhmal Hakim Nicolas Changing, 19, yang bertanding dalam kategori pemain instrumental individu, manakala Jane Thien Jing, 12, dan Shawn Thien Shuen, 15 membentuk kumpulan SJ Borneo.

Jane Thien Jing dan Shawn Thien Shuen dari SJ Borneo mempamerkan bakat dalam memainkan alat muzik tradisional dalam kategori kumpulan pada sesi uji bakat ‘Malaysia Championship of Performing Arts’ Star On Stage (SOS) Kuching, 8 Februari lalu.

Baptista, peserta termuda dalam pasukan, mendapat sokongan penuh daripada bapanya, Korintus Leban, yang menganggap pencapaian anaknya sebagai langkah penting dalam mengangkat muzik sape ke peringkat global.

Mereka layak selepas berjaya melepasi uji bakat ‘Malaysia Championship of Performing Arts’ bagi bahagian Malaysia Timur yang berlangsung pada 8 Februari lalu di Star On Stage (SOS) Kuching.

Emmanuell Korintus menyerlahkan bakatnya bermain sape dalam kategori instrumental individu pada sesi uji bakat ‘Malaysia Championship of Performing Arts’ Star On Stage (SOS) Kuching, 8 Februari lalu.

Sementara itu, Mohd Ikhmal, yang merupakan finalis Sape Junior RTM 2024 dan Duta Sape Yayasan Perpaduan Sarawak 2024, menyifatkan penyertaannya dalam WCOPA 2025 sebagai cabaran besar kerana akan bersaing dengan pemuzik dari 70 negara dalam lima kategori instrumental.

Jane dan Shawn dari SJ Borneo pula tidak asing dalam dunia seni persembahan, setelah membuat pelbagai penampilan, termasuk di Festival Muzik dan Seni Antarabangsa Sarawak (SIFMA), Kuching International Busking Festival (KIBF) 2024, serta meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Bakat Kenyalang dan Festival Gendang Sarawak 2024.

Mohd Ikmal Hakim Nicolas Changing mempamerkan kebolehan mengalunkan sape dalam kategori instrumental individu pada sesi uji bakat ‘Malaysia Championship of Performing Arts’ Star On Stage (SOS) Kuching, 8 Februari lalu.

Walaupun kelayakan ke WCOPA 2025 adalah satu kejayaan besar, cabaran utama mereka kini ialah mendapatkan sokongan kewangan untuk menampung kos penyertaan dan perjalanan ke Amerika Syarikat.

Mereka bersama empat vokalis yang turut layak masih mencari penaja dan sumbangan bagi merealisasikan impian untuk mengharumkan nama Malaysia di kejohanan tahunan dunia yang digelar sebagai “Olimpik Seni Persembahan”.

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i