ARTIKEL

MWTR26: Pengambilan Pek Larian Bermula 19 Jun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Peserta Matang Warrior Trail Run V 2026 (MWTR26) diingatkan mengambil pek larian rasmi pada 19 dan 20 Jun ini di Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak, Jalan Batu Lintang.

Menurut satu kenyataan, pengambilan pek larian akan berlangsung pada tarikh tersebut dari 11 pagi hingga 4 petang.

“Semua peserta yang berdaftar diminta mengambil pek larian dalam tempoh ditetapkan bagi memastikan urusan pada hari acara berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan.

“Peserta hendaklah mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah untuk tujuan pengesahan semasa mengambil pek larian masing-masing,” kata kenyataan itu, semalam.

Tambah kenyataan itu, wakil yang mengambil pek larian bagi pihak peserta pula perlu mengemukakan maklumat peserta serta bukti pengesahan berkaitan.

“Peserta turut dinasihatkan menyemak nombor bib larian, kategori penyertaan dan kandungan pek larian sebelum meninggalkan kaunter pengambilan,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, kehadiran peserta dari dalam dan luar kawasan MWTR26 sangat dialu-alukan kerana ia merupakan antara acara larian denai utama di Sarawak.

“Acara ini bukan sahaja mempromosikan semangat pengembaraan dan gaya hidup sihat, malah turut menggalakkan kecergasan serta penghayatan keindahan alam semula jadi Sarawak,” tambahnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU