ARTIKEL

https://www.mysalam.com.my/mys/info/

mySalam luas perlindungan liputi 50 penyakit kritikal termasuk penyakit jarang jumpa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Skim perlindungan takaful nasional mySalam yang disediakan secara percuma kepada golongan B40 kini diperluas meliputi 50 jenis penyakit kritikal berbanding 45 jenis sebelum ini.


Ketua Skim mySalam Great Eastern Takaful Bhd Syuhaib Ithnin berkata penambahbaikan itu turut merangkumi perlindungan untuk penyakit jarang jumpa, menjadikan ia skim takaful pertama di Malaysia yang menyediakan bantuan kewangan kepada individu didiagnosis dengan penyakit berkenaan.


Selain perlindungan penyakit jarang jumpa, pertambahan manfaat perlindungan kini juga meliputi penyakit gangguan mental seperti skizofrenia dan bipolar, penyakit darah termasuk talasemia major dan anemia aplastik, penyakit kulit kronik seperti psoriasis dan pemfigus vulgaris, serta penyakit reumatoid seperti artritis reumatoid.


“Dengan peluasan perlindungan mySalam kepada lebih banyak penyakit kritikal, ia membuktikan komitmen tinggi kami dalam menyediakan perlindungan kewangan kepada golongan rentan.


“Perlindungan penyakit jarang jumpa yang diberikan ini juga memberikan akses rawatan lebih baik kepada mereka yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Skim mySalam adalah perlindungan takaful di bawah seliaan Kementerian Kewangan dengan pembiayaan Tabung Amanah mySalam dan pengurusannya dikendalikan sepenuhnya oleh Great Eastern Takaful Bhd.


Individu yang layak digalakkan untuk menyemak kelayakan dan mengemukakan tuntutan melalui www.mysalam.com.my. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU