ARTIKEL

Kredit: Bernama

N.Flying pukau peminat Malaysia di Zepp KL

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Meskipun kekurangan seorang ahli ketika menjayakan debut mereka di Zepp Kuala Lumpur malam tadi, kumpulan K-pop N.Flying tetap memukau dengan kemantapan suara mereka yang diiringi muzik rancak selama tiga jam konsert berlangsung.

Aksi bertenaga serta kelunakan suara empat anak muda itu jelas berjaya menghiburkan kira-kira 1,600 penonton yang masing-masing hadir dengan mengenakan baju berwarna merah gelap dan hitam mengikut tema konsert.

Membuka tirai persembahan dengan lagu hit mereka Flowerwork, kemunculan Lee Sung Hyub, Yoo Hwe-Sung, Cha Hun dan Seo Dong-Su di atas pentas membuatkan peminat menyalakan “lightstick” sambil ikut menyanyi bersama-sama dengan artis kegemaran mereka.

Kebijaksanaan empat anak muda itu berinteraksi dengan penonton sejak konsert bermula pada 6.30 petang itu turut menjadikan suasana dalam dewan meriah sepanjang persembahan berlangsung. 

“Malaysia! Apa khabar sayang?

Mantap!” merupakan antara berapa patah ayat yang dilontarkan oleh kumpulan pop Korea Selatan itu dan disambut sorakan gemuruh peminat yang teruja melihat kumpulan idola mereka cuba bertutur dalam bahasa Melayu.

Malah, N.FLying turut melayan permintaan peminat agar mengulangi lantunan dua buah lagu, iaitu Awesome yang dilancarkan pada 2016 dan The Real (2020).

Kumpulan itu juga berjanji untuk datang sekali lagi membuat persembahan di negara ini apabila pemain dram mereka, Kim Jae Hyun selesai menjalani latihan ketenteraan.

Jelas tidak puas menyaksikan persembahan kumpulan kegemaran mereka, dewan itu bergema dengan laungan “encore” daripada peminat pada penghujung konsert, meminta lagu seterusnya sekalipun telah mendengar dendangan lebih 20 lagu.

Antara lagu yang dinyanyikan dalam konsert tersebut ialah Video Therapy, Born to Be, Star, Blue Moon, Rooftop, RUN dan Stand by Me. — Bernama

BERITA LAIN

Yusuf Mahardika Lawan Rasa Takut

Mengakui dirinya penakut, pelakon Indonesia, Yusuf Mahardika, terpaksa berfikir dua kali sebelum menerima tawaran membintangi filem seram Rambut Sewu: Satu Langkah Geth. Namun, demi mencabar

ANZALNA NASIR titip doa buat AMIRA

Pelakon Anzalna Nasir turut menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran rakan baiknya, pelakon dan penyanyi Amira Othman. Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Anzalna meluahkan

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah