PELAKON Nadhir Nasar memilih untuk mengehadkan perkongsian mengenai kehidupan peribadinya di media sosial, khususnya perkara berkaitan keluarga, bagi memastikan privasi mereka terus terpelihara.
Nadhir atau nama sebenarnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 30, berkata perkongsian yang dimuat naik di media sosial hanyalah perkara tertentu yang dirasakannya sesuai untuk diketahui peminat.
Menurutnya, beliau masih mempunyai ruang peribadi yang mahu disimpan untuk diri sendiri tanpa perlu dikongsikan secara terbuka kepada umum.
“Saya tidak berkongsi tentang keluarga atau hal peribadi secara terbuka di media sosial. Selalunya saya hanya berkongsi perkara yang ingin saya tunjukkan sahaja.
“Saya mempunyai ruang peribadi yang saya simpan untuk diri sendiri,” katanya.
Jelas Nadhir, keputusan itu bukan sematamata untuk melindungi dirinya, sebaliknya turut mengambil kira kepentingan dan privasi ahli keluarganya.
“Saya melakukan semua ini demi menjaga privasi keluarga, bukan hanya untuk diri sendiri.
Ini tidak bermaksud saya hanya mahu berkongsi tentang kerja sahaja kerana kadangkala peminat juga ingin mengetahui minat peribadi saya.
“Tetapi bagi saya, ada batas dalam perkara yang boleh dikongsikan kepada umum kerana nasi lemak kalau sudah terbuka, siapa yang mahu beli?” ujarnya.
Dalam pada itu, di sebalik kesibukan memenuhi tuntutan kerjaya, Nadhir kini sedang membuat persiapan untuk menjalani penggambaran lem baharu.
Kesempatan yang ada sebelum memulakan penggambaran dimanfaatkan pelakon itu dengan meluangkan lebih banyak masa bersama-sama keluarga, yang dianggapnya sudah memadai untuk mendapatkan ruang berehat selepas melalui jadual kerja yang padat.
“Waktu untuk diri sendiri bagi saya ialah meluangkan masa bersama-sama keluarga.
Saya rasa itu sudah cukup untuk merehatkan diri selepas bekerja tanpa henti.
“Mungkin waktu untuk diri sendiri yang sebenar akan saya nikmati apabila usia mencecah 45 tahun nanti,” tambahnya.
Sementara itu, Nadhir bakal tampil menerusi lem Pemuja Syaitan yang menjadi karya sulung arahan pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay.
Filem terbitan Mermaid Studios bersama Suraya Filem Production & Distribution itu menampilkan menampilkan Zul Ariffi n sebagai pelakon utama, selain Elizabeth Tan dan Aila Azizul dalam barisan pelakon.
Pemuja Syaitan dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 15



