ARTIKEL

Gambar hiasan

NADI hantar ubat guna dron

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan melaksanakan program rintis penghantaran ubat menggunakan dron di Tawau, Sabah sekitar September atau Oktober bagi memudahkan pesakit di kawasan luar bandar dan pedalaman mendapatkan bekalan ubat.

Program itu melibatkan kira-kira 12 kampung dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM), Suruhanjaya Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), kerajaan negeri dan beberapa agensi lain. Jika berjaya, inisiatif berkenaan akan diperluaskan ke kawasan lain yang mempunyai keperluan sama.

Selain penghantaran ubat melalui dron, NADI turut berfungsi sebagai pusat pengambilan ubat melalui Pos Malaysia dan menyediakan pemeriksaan kesihatan asas sebelum menghubungkan pesakit ke hospital sekiranya bacaan kesihatan tidak normal.

MCMC berkata tumpuan kini ialah memperluas capaian perkhidmatan NADI 2.0 secara maya berbanding menambah pusat fizikal, selain meneliti peluasan rangkaian ke kem tentera dan berek polis.

Di peringkat antarabangsa, pengiktirafan daripada Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) membuka peluang kepada NADI memperkukuh kerjasama global serta memperkenalkan lebih banyak kursus mikrokelayakan bersama rakan industri bagi meningkatkan kebolehpasaran belia luar bandar seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi