ARTIKEL

Nafas Lega Ibu Bapa Terlepas Beban Kewangan Anak Masuk Sekolah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ibu bapa di seluruh Sarawak boleh menarik nafas lega menjelang sesi persekolahan 2026 apabila semua murid Tahun Satu hingga pelajar Tingkatan Enam bakal menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM150.

Pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bertujuan meringankan kos kelengkapan persekolahan anak-anak.

Inisiatif kerajaan itu disambut baik ibu bapa yang menyifatkannya sebagai langkah positif bagi memastikan persediaan ke sekolah anak-anak berjalan lancar.

JANET LUANG, 48

“Inisiatif ini sangat baik dan prihatin terhadap keperluan ibu bapa. Ia membantu menampung perbelanjaan awal seperti pembelian alat tulis, buku dan kelengkapan asas sekolah, sekaligus meringankan beban kewangan keluarga menjelang pembukaan sesi persekolahan.”

NURAZNIE LUANG ABDULLAH, 47

“RM150 ini sedikit sebanyak meringankan beban perbelanjaan awal persekolahan, lebih-lebih lagi saya mempunyai tiga orang anak bersekolah. Bantuan ini bukan sahaja membantu dari segi kewangan, malah memberi keyakinan bahawa pendidikan anak-anak terus diberi perhatian oleh kerajaan.”

SUHAILA SAEE, 47

“Bantuan ini sangat membantu ibu bapa yang mempunyai ramai anak dan berpendapatan sederhana. Kos awal tahun seperti baju seragam, kasut, beg dan alat tulis datang serentak. Walaupun jumlahnya tidak menampung semua, ia cukup untuk meringankan beban dan melancarkan persediaan awal persekolahan.”

AZLAN BAHRI ATANG, 42

“Bantuan ini membantu meringankan beban kami sebagai ibu bapa dalam persiapan anak-anak memulakan sesi sekolah 2026. Ia juga memberi semangat kepada ibu bapa untuk terus menyokong pembelajaran anak-anak.”

BERITA LAIN

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang

BERITA TERBARU

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang