ARTIKEL

Naik taraf khidmat pembetungan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Timbalan Premier Datuk Seri Dr Sim Kui Hian telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad dan Timbalan Menterinya Datuk Seri Huang Tiong Sii di sini.

Kui Hian berkata, terdapat beberapa perkara yang dibincangkan termasuk mengenai isu penghantaran Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarawak.

Menurut beliau, ia termasuk Notis Perubahan (NOC) bagi projek Pembangunan Lembangan Sungai Sarawak (PLSB) dan peningkatan kos serta RM150 juta yang diluluskan pada 2018 dengan peningkatan kos selepas COVID-19, Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Fasa Dua dan Tiga serta perlindungan pantai.

“Nik Nazmi menjelaskan bahawa NOC disebabkan pertukaran kerajaan dan beliau akan membawa isu tersebut kepada perhatian Menteri Kewangan dan Menteri Ekonomi dalam Kabinet,” katanya menerusi laporan berita Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), semalam.

Selain itu, kata Kui Hian, kerja menaik taraf perkhidmatan pembetungan di Sarawak turut menjadi fokus dan perbincangan mereka.

Jelas beliau, pembiayaan Kerajaan Persekutuan bagi 17 projek yang menelan kos RM1.5 bilion sejak tahun 2008 perlu dipertingkatkan supaya adil kepada Kerajaan Sarawak.

Hadir sama Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Michael Tiang Ming Tee. 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU