ARTIKEL

Naikkan pelepasan cukai bagi premium berkaitan insurans – Persatuan Takaful

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Persatuan Takaful Malaysia (MTA) berharap kerajaan akan menaikkan had pelepasan cukai untuk premium insurans hayat, pendidikan dan perubatan menerusi Belanjawan 2025.

Menurut MTA pelepasan cukai akan meringankan beban pengguna selepas kenaikan besar premium insurans dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“MTA berharap kerajaan dapat menaikkan had pelepasan cukai bagi premium berkaitan insurans, pada masa ini (ditetapkan) pada RM3,000 untuk insurans hayat dan RM3,000 untuk insurans pendidikan dan perubatan.

“Ini terutamanya untuk insurans perubatan yang menyaksikan peningkatan besar premium dalam beberapa tahun kebelakangan ini,” menurut MTA kepada Bernama.

Persatuan itu memaklumkan bahawa penetapan semula harga perubatan di Malaysia adalah satu cabaran yang sukar, dengan implikasi ketara terhadap kos penjagaan kesihatan, perlindungan takaful dan akses pengguna kepada perkhidmatan perubatan.

Industri turut bergelut dengan tekanan inflasi dan turun naik ketara pasaran tahun ini, tambah MTA.

Kenaikan kadar cukai perkhidmatan kepada lapan peratus pada 1 Mac, 2024 daripada enam peratus sebelum itu telah meningkatkan lagi kos produk takaful dan insurans kumpulan, jelasnya.

Oleh itu, MTA mencadangkan supaya kerajaan memberikan pelepasan cukai tambahan atau insentif cukai kepada syarikat atau majikan yang mencarum, atau membayar premium untuk skim faedah kumpulan pekerja.

“Ini akan membantu meringankan beban kewangan syarikat dan pemilik perniagaan (dan memastikan mereka) terus memberikan faedah perlindungan majikan,” tambah persatuan itu.

MTA turut mencadangkan pelepasan atau rebat cukai pendapatan peribadi kepada pelanggan yang membeli skim takaful untuk tujuan kebajikan atau derma.

Objektif utamanya adalah menggalakkan kesejahteraan masyarakat dalam kalangan individu yang ingin menyumbang kepada skim takaful dengan ciri nilai tambah yang merangkumi tujuan amal, menurutnya. — BERNAMA

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU