ARTIKEL

Najib pertimbang pilihan penuhi syarat denda RM50 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mendapatkan nasihat serta mempertimbangkan pilihan yang ada bagi menentukan cara terbaik untuk memenuhi syarat pembayaran denda sebanyak RM50 juta bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.

Tetuan Shafee & Co. selaku peguam bela dan peguam cara bagi Najib memaklumkan bahawa keupayaan anak guam mereka untuk memenuhi syarat tersebut bergantung kepada perkara yang berada di luar kawalan beliau.

Firma guaman itu menjelaskan bahawa sebahagian besar aset, akaun bank, dan hartanah milik Najib masih tertakluk pada perintah pembekuan serta tindakan penguat kuasa oleh pihak kerajaan, sekali gus menyebabkan pelupusannya tidak berada sepenuhnya dalam kawalan beliau pada masa ini.

Najib menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas perkenan Seri Paduka Baginda melaksanakan kuasa prerogatif pengampunan diraja dengan memberikan pengampunan bersyarat yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.

Sementara menunggu denda tersebut dijelaskan, Najib akan kekal berada di Penjara Kajang manakala pasukan peguamnya sedang meneliti syarat serta implikasi praktikal bagi pelaksanaan tahanan rumah tersebut menurut laporan Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU