KUALA LUMPUR: Pelakon Malaysia Nandagopall Mohan mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai Pelakon Baharu Terbaik pada Anugerah Golden Horse ke-63.
Kemenangan itu diraih menerusi lakonannya sebagai Ajay dalam filem Sayang Sayang, yang turut dikongsikan dengan golongan yang berasa tersisih, tertindas atau tidak didengari.
Nandagopall berharap kisah Ajay mendorong setiap orang berani meluahkan isi hati, menerima diri dan menghargai jati diri masing-masing.
Dalam ucapan di Taipei Music Center, Taiwan, malam tadi, beliau berterima kasih kepada keluarga, pengarah dan seluruh pasukan produksi yang mempercayai kebolehannya, selain kepada Ajay kerana memilihnya menyampaikan kisah itu seperti dilapor Bernama.
Selain Nandagopall, Kartik Vijay memenangi Sinematografi Terbaik menerusi Dead Tide, manakala Tsai Ming-liang membawa pulang anugerah Filem Dokumentari Pendek Terbaik menerusi Night Journey.

