ARTIKEL

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bercakap pada sidang media. | Foto Mohd Alif Noni

Nanta sambut baik BUDI Diesel ditambah baik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penambahbaikan subsidi BUDI Diesel yang disifatkan dapat membantu meringankan beban rakyat.

Beliau berkata, pemberian subsidi sememangnya bertujuan mengurangkan beban yang ditanggung rakyat, terutama dalam keadaan kos sara hidup yang menjadi perhatian kerajaan.

“Kita mengalu-alukan apa-apa sahaja yang boleh dikatakan meringankan beban rakyat.

Jadi subsidi itu memanglah tujuannya tak lain tak bukan untuk meringankan beban rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Stor Rampasan Pejabat Penguatkuasaan Kastam Kuching, Sarawak di Muara Tebas di sini, hari ini.

Menurut Nanta, kerajaan pada masa yang sama perlu mengambil kira pertimbangan ekonomi dalam menentukan dasar berkaitan subsidi.

Katanya, walaupun terdapat langkah yang boleh dipertimbangkan dari sudut pengurusan ekonomi termasuk pengurangan subsidi, rayuan dan keperluan rakyat juga perlu diberi perhatian.

Pada sambutan Hari Malaysia 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam tadi, Anwar berkata kerajaan menambah baik kemudahan BUDI diesel dengan membenarkan pemindahan kelayakan kepada mana-mana warga Malaysia yang layak sehingga tiga kenderaan diesel.

Katanya, penambahbaikan itu dibuat susulan rayuan dan permasalahan yang disuarakan rakyat, khususnya pemilik kenderaan diesel di Sabah dan Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU