SIBUK memikirkan projek media, pelakon Natasha Wilona mengakui alami keguguran rambut.
Memetik media antarabangsa, Natasha mengatakan bahawa projek ini merupakan impian yang sudah lama dirancang yang dinamakan iWIL Network.
Projek iWill Network merupakan saluran sehenti membolehkan penonton dapat mencari apa-apa yang ingin diketahui berkaitan hiburan.
Bukan sahaja mengalami keguguran rambut, Wilona juga sering pening, turun berat badan dan kurang tidur kerana sibuk memberi tumpuan berkaitan projek tersebut.